Kereta Hijau Yang Bukan Elektrik Atau Pun Hibrid
Ini ialah TECHART GTstreet RS.
Satu projek khas berdasarkan generasi 911 Turbo S lama.Hanya 10 unit akan dikeluarkan.
Ianya penuh dengan carbon fiber, reka bentuk forged, rear spoiler aktif, cermin Corning Gorilla Glass. sports steering dengan penanda jam 12, tali keledar 6-point, sangkar keselamatan, handle pintu bahan tekstil, kulit Alcantara, bahan “virgin wool” yang jarang di gunakan untuk kereta sport, pilihan cat dalaman sendiri, lencana dengan nombor siri.
Semua ini mengejakan satu perkataan … eksklusif. Yang amat sangat.
Power?
TECHART Powerkit TA 091 / T3.1 dan chip talaan yang digunakan menghasilkan tambahan kuasa dari 580 ke? … 770hp dan tork maksima dinaikkan dari 750Nm ke? … 920Nm.
Giler!
0-100 km/j dalam hanya 2.5 saat dalam mode Sport Plus dan 0-200 km/j dalam hanya 8.1 saat dengan kelajuan tertinggi yang dihadkan secara elektronik kepada 340 km/j.
Dan ya. Sekali lagi kami sebut. Terhad kepada hanya 10 unit. Jadi, semasa anda baca ni, pasti … habis dah!
No Comment