Proton Serah 8,500 Unit X70 Dalam Tempoh 100 Hari
Sedar tak sedar, sudah 100 hari Proton X70 dilancarkan dan dalam tempoh itu, Proton telah berjaya menjual 8,500 unit SUV pertamanya itu.
Unit ke-8,500 tersebut diserahkan hari ini kepada firma undang-undang Malaysia, Lee Allen Hishammuddin & Gledhill (LHAG). Pencapaian ini menunjukkan bahawa X70 telah mencipta rekod bagi jumlah penghantaran paling banyak dalam segmennya.
Unit yang diserahkan ini merupakan salah satu daripada enam unit X70 yang ditempah oleh LHAG. Kereta-kereta ini akan digunakan sebagai kereta korporat firma guaman itu.
Bukan itu sahaja, X70 turut mencatat kadar pertumbuhan jualan kumulatif sebanyak 42% untuk dua bulan pertama tahun ini.
No Comment