Sah! Proton X70 Selamat
Seperti yang diketahui ramai, Proton X70 adalah Geely Boyue yang ditukar lencana dan beberapa rakyat Malaysia ada mempersoalkan keselamatannya kerana ia adalah produk ‘Buatan China’ yang diimport sepenuhnya ke Malaysia. Nah, gambar kemalangan Geely Boyue (Proton X70) baru-baru ini yang dikongsi dari China menunjukkan ciri kekuatan dan keselamatannya berfungsi dengan baik. Lihatlah sendiri.
Ianya adalah perlindungan, pencegahan dan kognitif dan secara keseluruhannya mereka membentuk penyelesaian keselamatan yang komprehensif.
Peralatan keselamatan piawai bagi semua varian terdiri daripada enam beg udara SRS, ISOFIX tempat duduk belakang dengan penampal penambat atas, Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold, Electronic Stability Control (ESC), Traction Control System (TCS), Hill Hold Assist (HHA), Hill Descent Control (HDC) dan Emergency Stop Signal (ESS).
Kamera 360 ditawarkan untuk varian Eksekutif dan Premium manakala kereta Eksekutif AWD dan spesifikasi Premium juga menerima Tyre Pressure Monitoring System (TPMS). Varian Premium juga menambah Advanced Driver Assistance System (ADAS) ke senarai peralatan. ADAS di Proton X70 terdiri daripada sistem keselamatan aktif dan kognitif termasuk Autonomous Emergency Braking (AEB), Forward Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Information System (BLIS), Door Opening Warning System (DOW) dan Intelligent High Beam Control (IHBC).
Keberkesanan penyelesaian keselamatan komprehensif telah terbukti apabila Proton X70 dianugerahkan penarafan keselamatan 5-Bintang dalam ujian NCAP ASEAN baru-baru ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Proton X70 semua baharu atau untuk memandu uji, sila ke mana-mana bilik pameran seluruh negara.
No Comment