Undang - Undang

Inisiatif PUSPAKOM Dalam Menangani Kesesakan Di Sesetengah Cawangan

Puspakom menyiarkan kenyataan media ini pada 13 Mac 2019.

Mereka akan buka 7 hari seminggu! 8 pagi hingga ke 5 petang. Mulai 15 Mac ini. Ini adalah susulan maklum balas yang diterima semasa PUSPAKOM mengadakan ‘#welistenwecare Hari Bertemu Pelanggan’. Syabas.

BHP Banner 787329

Kenyataan ini turut menyebut bahawa semua kakitangan PUSPAKOM telah bersedia dan komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Diharap abang, kakak, adik-adik di Puspakom yang terlibat jangan marah kena kerja hujung minggu ya.

Para pelanggan juga diminta berkerjasama untuk membantu mereka di Puspakom memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan membuat temujanji dalam talian MyPUSPAKOM terlebih dahulu. Ianya agar dapat menguruskan masa dengan lebih baik.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, para pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol PUSPAKOM di 1-800-88-6927 atau emel customerservice@puspakom.com.my atau layari laman Facebook rasmi PUSPAKOM Sdn Bhd atau laman sesawang www.puspakom.com.my untuk mendapatkan perkembangan terkini PUSPAKOM.

Kenyataan Media 13 Mac 2019_PUSPAKOM WM & JB beroperasi 7 hari seminggu

2. Kenyataan Media 13 Mac 2019_PUSPAKOM WM & JB beroperasi 7 hari seminggubb

 

Previous post

Honda Civic Type R Sertai Polis New South Wales

Next post

10 Fakta Ringkas Mengenai McLaren Senna GTR

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *