Berita Auto

Rolls Royce Ghost Ditemui Di KL

Seorang tuan punya bank terkemuka di Malaysia baru sahaja menerima Rolls Royce ini dan nampaknya ia tepat pada masanya kerana bank itu sekarang amat berjaya di Malaysia.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Proses reka bentuk Ghost ini dikatakan memanfaatkan kekuatan kesederhanaan. Ya, kesederhanaan. Idea mereka ialah agar tidak ada kerumitan yang mengalihkan dari keseronokan pemandu atau penumpang.

Sebagai contoh, gril Phantom yang menyerlah, di sini, direka bentuk lebih lembut dan kurang formal – kelengkungan halusnya lebih mirip dengan pengambilan udara jet.

Garis ‘kapal layar’ yang mengalir menguatkan dinamisme kereta, sementara DNA Rolls-Royce tradisional dinyatakan dalam penampilan gah, permukaan yang besar, bonet panjang dan overhang pendek.

Phantom-Rolls-Royce-2

Lampu baharu. Bumper nampak lebar dan tinggi. Krom tambahan di air intake depan meniup lebih angin menyejukan brek depan. Ada pilihan rim forge 21″. Standard 19″. Penutup minyak stainless-steel dengan lencana Rolls Royce.

Kerusi depan belakang direka bentuk semula. Bahagian pehapun boleh dilaraskan secara elektronik untuk penumpang depan. Dua kerusi belakang sekarang dengan konfigurasi ‘lounge’ dimana ianya berdepan sedikit sesama sendiri. Ada pemanas 3-tahap sebagai standard dengan pilihan fungsi urut dan boleh berbaring. Krom tambahan kepada lampu visor.

Previous post

Sah! Proton X70 Selamat

Next post

Perodua Jual 37,400 Kenderaan Dalam Dua Bulan Pertama 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *