Audi A5 Sportback Baharu Berharga ‘HANYA’ RM338,878
Memperkenalkan, Audi A5 Sportback baharu.
Kereta lima pintu ini menggabungkan reka bentuk emosi yang elegan dengan fungsi yang tinggi dan keselesaan dalaman yang melimpah.
Kereta mesra keluarga dengan sambungan sempurna menawarkan ciri-ciri infotainment terkini.
Selain itu, generasi kedua ini dilengkapi dengan penggantungan sepenuhnya, pemacu berprestasi tinggi dan sistem bantuan pemandu yang inovatif.
Jadi mengapa kita katakan ‘HANYA’ RM338,878.
Benarkan kami terangkan.
Ianya adalah 2.0 TFSI dengan drivetrain Quattro (ini bermakna 4-wheeldrive) dan ia diimport sepenuhnya.
The 2.0 TFSI menghasilkan 252hp dengan tork 370Nm tersedia antara 1,600 dan 4,500 rpm.
Dengan pacuan empat roda all-wheel, ia memecut dari 0 hingga 100 km / j dalam masa 6.0 saat.
Kelajuan maksimum terhad secara elektronik kepada 250 km / j.
Saingan terdekatnya ialah 2.0L BMW 630i GT.
Dipasang secara tempatan.
RM450,000
Pemanduan roda belakang.
Enjin petrol 4-silinder 2.0-liter
Output maksima 258 hp dan tork puncak 400Nm.
Kereta ini mempunyai kelajuan tertinggi 250km / j semasa mengoptimumkan ekonomi bahan api.
Ia memecut dari 0 hingga 100 km / j dalam 6.3 saat.
Itulah antara sebabnya kami menyebut ‘HANYA’ RM338,878 untuk Audi A5 Sportback baharu ini.
No Comment