Motosikal / Skuter / Roda

Beli Minyak Pelincir Petronas Sprinta, Dapat Yamaha Y15ZR

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) yang bertanggungjawab memasarkan produk minyak pelincir PETRONAS Sprinta hari ini meraikan pemenang pertama untuk peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019.

Peraduan yang bermula 11 Mac itu masih berlangsung dan akan tamat pada 30 September. Menawarkan hadiah utama ‘superbike’ Yamaha R6 dan hadiah kedua Yamaha R25, peraduan ini juga memberi peluang pemenang bulanan membawa pulang sebuah motosikal popular Yamaha Y15ZR di samping itu hadiah saguhati berupa tiket grandstand MotoGP Sepang.

BHP Banner BMW Motorrad

“Kami sangat berpuashati dengan sambutan yang diberikan kepada peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza ini. Penjualan juga meningkat kerana minyak pelincir PETRONAS Sprinta semakin dikenali dan dipercayai kerana mutu dan kualiti nya memberi jaminan kepuasan kepada penunggang motosikal tanpa mengira model dan cc,” kata Hardeep Singh, CEO PLMM.

Sahrulnaim bin Sahrahan berasal dari Gombak, Kuala Lumpur yang merupakan pemenang pertama bulan bagi bulan Mac berkata,” Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada PETRONAS Sprinta kerana menganjurkan peraduan yang sangat menarik ini. Saya yang kebetulan memang harus menukar minyak pelincir membeli produk F500 untuk kegunaan motor kapcai saya. Memang menjadi kebiasaan, minyak pelincir PETRONAS Sprinta akan menjadi  pilihan saya kerana terbukti membuat enjin saya terasa lebih ringan dan lancar”.

Pesta PETRONAS Sprinta 2019 akan berlangsung selama dua hari 26 – 27 April (Jumaat dan Sabtu) di Jalan Sentul (berdekatan NKS Sports Biker) adalah anjuran bersama Syarikat Perniagaaan KF (pengedar rasmi utama PETRONAS Sprinta) dan PLMM. Pelbagai hadiah dan cenderahati menanti pembeli minyak pelincir PETRONAS Sprinta di acara ini.

Previous post

Hidup Sebuah Pengembaraan

Next post

Kawasaki Tambah Pegangan Saham Dalam Modenas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *