BMW 5 Series Kini Dalam Varian 530e M Sport dan 520i Luxury
BMW Malaysia telah memperkenalkan dua varian baharu bagi barisan 5 Series iaitu 530e M Sport dan 520i Luxury.
Dijual pada harga RM338,800, 530e M Sport tampil lebih sporty berbanding 530e Sport yang diperkenalkan pada tahun lalu menerusi kelengkapan luaran seperti berikut:
- BMW Individual High-Gloss Shadow Line
- Jeriji ‘kidney’ Active Air Stream
- Lencana ‘M’ pada panel sisi hadapan
- Lampu hadapan LED adaptif dengan ciri BMW Selective Beam
- Lampu kabus LED
- Rim aloi ringan 19 inci Double-Spoke 664 ‘M’ dengan tayar bercampur
- Penunjuk tayar pancit
- Brek M Sport bersama angkup berwarna biru dengan logo ‘M’
- Kemasan krom pada paip ekzos berbentuk trapezoid
Di dalam, 530e M Sport tampil dengan:
- Stereng kulit ‘M’
- Kemasan ambang pintu beriluminasi ‘M’
- Pedal spesifik ‘M’
- Tempat duduk sport
- Upholsteri kulit Dakota
- Bumbung Anthracite BMW Individual
- Kemasan Aluminium Rhombicle dan Pearl Chrome
- Pencahayaan ambien dengan 11 reka bentuk tetap dan enam warna berbeza
Berikut pula adalah senarai ciri-ciri bantuan pemandu yang ada pada varian ini:
- Amaran Pengeluaran dan Penukaran Laluan (Lane Departure and Change Warning),
- Amaran Perlanggaran Hadapan dengan Intervensi Brek
- Pencegahan Perlanggaran Belakang
- Amaran Perentasan Trafik
- Kawalan Luncur (Cruise Control) dengan Fungsi Pembrekan
- Bantuan Parkir (Parking Assistant)
Menggerakkan 530e adalah enjin TwinPower Turbo 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan motor elektrik eDrive dengan kuasa keseluruhan 252 hp dan 420 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, ia boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 235 km/j.
530e M Sport boleh didapati dalam warna-warna berikut:
- Black Sapphire dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam atau biru (Night Blue)
- Sophisto Grey dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam atau biru (Night Blue)
- Bluestone dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam
- Alpine White dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam
Bagi varian 520i Luxury pula, ia menampilkan gabungan enjin TwinPower Turbo 2.0-liter empat silinder dan transmisi automatik lapan kelajuan. Kuasa sebanyak 184 hp dan 290 Nm membolehkan sedan ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.8 saat, manakala kelajuan maksimum adalah 235 km/j.
Bagi bahagian luaran, varian ini didatangkan dengan:
- Pakej Chrome Line
- Jeriji ‘kidney’ bersalut krom
- Unsur krom pada bampar hadapan
- Lampu hadapan LED adaptif
- Lampu kabus LED
- Rim 18 inci V-Spoke rekaan 684 dengan tayar ‘run flat’
- Penunjuk tayar pancit
- Kemasan krom pada paip ekzos
Kelengkapan pada bahagian kabin pula adalah seperti berikut:
- Upholsteri kulit Dakota
- Kemasan hitam berkilat
- Stereng sport dengan balutan kulit
- Tempat duduk sport
- Papan pemuka Sensatec
- Kemasan aluminium pada ambang pintu
- Pencahayaan ambien
Ia juga didatangkan dengan ciri-ciri keselesaan seperti:
- Comfort Access
- Penyaman udara automatik dengan kawalan empat zon
- Kawalan Luncur dengan fungsi pembrekan
- Bantuan Parkir
- Kamera pandang belakang
520i boleh didapati dalam warna:
- Black Sapphire
- Glacier Silver
- Imperial Blue
- Alpine White
Keempat-empat warna di atas dipadankan dengan upholsteri kulit Dakota berwarna hitam dengan sulaman eksklusif.
Varian ini dijual pada harga RM328,800. Seperti pada varian 530e M Sport, pembeli akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia yang merangkumi:
- Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
- Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
- Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
- Servis Dalam Talian oleh BMW
No Comment