Sukan

Boy Wong, Brendon Lim, Diana Danielle Juara Keseluruhan Cabaran Toyota Vios Musim Ke-2

Cabaran Toyota Vios musim kedua melabuhkan tirainya hari ini di Litar Antarabangsa Sepang dengan kemunculan tiga juara baharu iaitu Boy Wong, Brendon Lim dan Diana Danielle, masing-masing bagi kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional.

BHP Banner AMG GT43

Menamatkan perlumbaan sebanyak dua kali pada hujung minggu lalu terbukti cukup untuk meletakkan Boy Wong Yew Choong sebagai juara keseluruhan musim kedua dalam kelas Super Sporting. Mendahului kejohanan sebelum berkunjung ke Sepang, pelumba ST Wangan Racing itu menamatkan Perlumbaan 1 pada Sabtu di tempat ketiga dan Perlumbaan 2 kedua di tempat ketujuh. Di tempat kedua adalah William Ho dari Kegani Racing manakala Brendan Paul Anthony dari Dream Chaser di tempat ketiga.

Season 2 Super Sporting Class Overall Champion Boy Wong

Dalam kelas Sporting bagi pemandu amatur, Brendon Lim yang mewakili Tedco Racing berjaya menamatkan kejohanan sebagai juara dengan perbezaan hanya satu mata dengan pelumba dari ST Wangan Racing iaitu Eric Yong. Di belakang kedua-dua pelumba ini adalah Kenneth Koh dari Panglima City Racing.

Actress Diana Danielle crowned Promotional Class Overall Champion

Sementara itu, pelakon jelita Diana Danielle yang menikmati musim cemerlang menjadi pelumba wanita pertama untuk dinobatkan sebagai juara dalam kelas Promotional. Naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang oleh penyanyi Aiman Tino dan Akim Ahmad.

Singer Khai Bahar wins Race 2 in the Promotional Class ahead of fellow singer Wany Hasrita

Musim kedua Cabaran Toyota Vios merangkumi empat pusingan yang diadakan di empat venua berbeza di seluruh Malaysia dengan lapan perlumbaan kesemuanya. Musim ini membuka tirainya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, sebelum beralih ke MAEPS di Serdang, Selangor, diikuti oleh Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dan akhi sekali Litar Antarabangsa Sepang.

JY304853

“Ia sememangnya musim kedua yang berjaya bagi kami dan saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa penjenamaan Toyota Gazoo Racing telah menjana kesedaran yang tinggi. Kami akan meneruskan inisiatif ini selama mungkin di Malaysia,” kata naib pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

DTP_9955

Sporting Class Overall Champion Brendon Lim wins Race 2 of Toyota Vios Challenge

Season 2 Promotional Class Overall winner Diana Danielle becomes the first lady to be crowned champion in the Toyota Vios Challenge

Boy Wong receives his prize of a brand new Toyota Vios  from UMW Toyota Motor President Ravindran K. (3rd frm left) and  UMW Toyota Motor Deputy Chairman Akio Takeyama (2nd from right)

Brendon Lim receives his Overall Prize of a brand new Vios

DTP_9849

JY304721

_A7R9393

5D3_0183

5D3_0478

5D3_0365

DTP_0206

DTP_9838

 

Previous post

Pikap Great Wall Mencabar Ford Ranger

Next post

Pemenang Rancangan Realiti Pulsar Dareventure Malaysia Diumumkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *