Cawangan Utama Tayar Prestasi Premium Pertama Michelin
SpeedLine Kota Damansara adalah cawangan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kesemua tayar keluaran Michelin termasuk tayar prestasi tinggi ultra (UHP) serta tayar perlumbaan.
Kenyataan Media
Petaling Jaya, 17 April 2019 – Michelin, peneraju pengeluar tayar di dunia, secara rasminya melancarkan cawangan sulung utamanya untuk tayar premium berorientasikan prestasi di SpeedLine Kota Damansara. Cawangan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan menawarkan kesemua tayar keluaran Michelin, termasuklah tayar prestasi tinggi ultra (UHP) serta tayar perlumbaan. Di samping itu, SpeedLine juga turut membawakan barangan sukan bermotor.
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, Encik Pascal Nouvellon berkata, “Sejak beberapa tahun yang lalu, kecenderungan minat terhadap kereta sport dan prestasi tinggi ultra di Malaysia terus bertambah dan terdapat peningkatan terhadap permintaan untuk tayar prestasi tinggi dalam kalangan pengguna. Kerjasama dengan SpeedLine ini memberi peluang kepada kami untuk menawarkan produk UHP kepada kumpulan peminat tegar kereta yang memerlukan tayar yang dibuat khas bagi prestasi sukan.”
Kolaborasi yang dijalin bersama SpeedLine mengukuhkan lagi komitmen Michelin dalam memberikan kualiti perkhidmatan dan produk yang terbaik kepada para pelanggan terutamanya bagi siri tayar eksklusif Pilot Sport dan tayar perlumbaan. SpeedLine adalah pakar terkemuka dalam perkhidmatan penyelenggaraan dan pembaikan tayar khusus buat pemilik kereta sport yang mengutamakan keselamatan serta prestasi di jalan raya.Pascal menambah bahawa kerjasama ini selari dengan rancangan Michelin untuk meningkatkan kehadiran produk di pasaran Malaysia. “Meneruskan usaha yang dilakukan selama ini, kami akan sentiasa meneroka setiap peluang yang ada untuk berkembang di negara ini melalui pelbagai cara termasuklah memperluaskan lagi rangkaian pengedar kami dan meningkatkan profil industri servis kereta agar sejajar dengan ketetapan piawaian antarabangsa,” rumus Pascal.
Sehingga Mac 2019, Michelin mempunyai sebanyak 124 cawangan dibawah jenama Michelin di seluruh negara, 54 pusat TyrePlus dan lebih 350 pengedar persendirian yang berdaftar dengan Michelin. Kini, turut bersama dalam rangkaian luas Michelin adalah SpeedLine Kota Damansara yang mempunyai keluasan berukuran 2,221 kaki persegi. Pengguna bukan sahaja mempunyai akses kepada tayar Michelin, tetapi juga juruteknik profesional dan penasihat jualan yang sentiasa bersedia untuk membantu.
Terletak di 31, Jalan PJU 5/18, 47810 Petaling Jaya, Selangor dan beroperasi dari jam 9:00 pagi hingga 7:00 malam, SpeedLine Kota Damansara menawarkan barangan eksklusif sukan bermotor Michelin dengan setiap pembelian tayar Michelin.
No Comment