Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Ford Raptor Kini Ada Hitam & Putih

April ini, Ford melancarkan Ranger Ranger paling laris dalam dua cat badan baru – Absolute Black & Arctic White.

Tempahan Raptor ini datang dengan Limited Edition Ranger Raptor Bomber Jacket, Car Air Purifier dan barangan Ford (sementara stok masih ada).

Untuk tempahan Ranger Wildtrak pula, pelanggan akan menerima rebat RM6,000 dan barangan Ford (masa terhad sahaja).BHP Banner BW Raptor

Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin diesel 2.0-liter BiTurbo baharu yang mampu menjana kuasa sehingga 213 PS dan 500 Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan empat roda 4X4.

Ciri Terrain Management System yang terdapat pada model ini menawarkan enam mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Rock, Grass/Gravel/Snow, Mud/Sand serta Baja untuk pemanduan off-road paling agresif.

Ford-Raptor-BW-2

Tidak seperti varian Ranger yang lain, Raptor didatangkan dengan penyerap hentak Position Sensitive Damping (PSD) yang dibangunkan oleh Fox dan suspensi Watt dengan gegelung coilover pada bahagian belakang.

Bahagian dalaman pula tidak ubah seperti kabin kereta sport sebenar dengan tempat duduk bucket yang dihiasi balutan suede dan kulit serta sulaman ‘Raptor’, stereng dengan penanda merah pada jam 12 serta dan paddle shifter yang diperbuat daripada magnesium. Terus terang penulis katakan, tidak ada trak pikap standard kilang yang lebih sporty daripada ini.

Seperti F-150, Ranger Raptor mempunyai transmisi automatik 10 kelajuan baharu yang boleh dioperasikan dengan menggunakan paddle shifter yang diperbuat daripada aloi magnesium. Ia memang terasa berkualiti dan sedap digunakan, namun anda mungkin tidak memerlukannya kerana transmisi tersebut mampu melakukan tugasnya sendiri dengan cekap. Kehadiran 10 gear memberikan nisbah lebih besar dan ini secara tidak langsung menghasilkan pecutan yang lancar.

Satu lagi keunikan model ini adalah rangkanya yang diperkuatkan untuk penggunaan yang lebih lasak. Rangka ini dipadankan dengan pegas gegelung belakang (bukan ‘leaf spring’ seperti kebanyakan trak pikap) dengan Watt’s Linkage yang direka untuk menambahbaik pengendalian off-road.Ford-Raptor-BW-3

 

 

 

Previous post

Alfa Romeo GTV Akan Datang 2021 Ini

Next post

Discovery Sport ‘Landmark Edition’ Kini Tiba

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *