Grand Tourer McLaren Baharu Akan Debut Mei Ini
McLaren telah melancarkan penggoda jenama Grand Tourer (GT) baharu dan ia akan menjadi McLaren ke empat di bawah pelan perniagaan Track 25nya.
McLaren tidak mengesahkan apa-apa butiran maklumat Grand Tourer atau pun apa nama kereta itu.
“McLaren keempat yang akan diperkenalkan di bawah pelan perniagaan Track 25 akan menjadi tafsiran kami tentang apa itu sebenarnya Grand Tourer. Ia akan menjadi sebuah kereta yang menggabungkan tahap prestasi persaing kami yang terdekat dengan keupayaan penyebaran benua, dibalut dengan tubuh ringan yang cantik,” kata MikeFlewitt, Ketua Pegawai Eksekutif, McLaren Automotive.“Ia adalah sebuah kereta yang direka untuk berjalan jauh dan satu yang juga akan memberikan keselesaan dan ruang yang diharapkan dari sebuah Grand Tourer. Tetapi dengan tahap ketangkasan yang belum pernah dialami sebelum ini dalam segmen ini. Di samping itu, ia akan menjadi yang paling ringan dari Grand Tourer – Grand Tourer dan juga mempunyai nisbah kuasa bnerbanding berat yang terbaik, saya berjanji ia akan menjadi salah satu yang paling laju. Di samping itu, ia merupakan satu-satunya Grand Tourer yang akan berkongsi DNAnya dengan McLaren Speedtail 250 batu satu jam. “
Maklumat dan butiran lanjut akan dikongsi dalam beberapa minggu yang akan datang.
No Comment