Patutkah Castrol Kurangkan Harga Pelincirnya?
Kami yakin pemilik kereta Malaysia, seperti kami, ingin melihat Castrol turut mengurangkan harga pelincir mereka selaras dengan apa yang dilakukan Shell pada minggu ini.
Jika Castrol mengekalkan harga pelincir mereka, maka kami akan melihat Shell menambahkan share mereka dalam pasaran servis kereta dan kedudukkan Castrol di tangga jualan akan menurun.
Castrol EDGE dijual di kedai-kedai besar dengan harga RM229.00 dan sekarang anda boleh pergi ke dalam talian Lazada dan dapatkan Castrol EDGE hanya dengan harga RM126.00 untuk pek 4 liter yang merupakan penjimatan sebanyak 45%.
Kami juga mendapati Castrol EDGE di rangkaian membeli-belah iprice dijual dengan diskaun yang besar sebanyak 50% kepada hanyan RM120.00.Adakah produk yang dijual secara dalam talian itu palsu atau tidak, kerana margin harga sebegini mempersoalkan industri servis kereta di mana pengeluar kereta menawarkan pakej servis boleh jadi menggunakan pelincir dalam talian tersebut dengan diskaun sehingga 50% dan mengecas pemilik kereta harga penuh dengan tambahan caj buruh dan kos mereka lagi.
No Comment