Motosikal / Skuter / Roda

Honda CBR650R, CB650R Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2019

Selain kereta, Malaysia Autoshow 2019 yang menutup tirainya semalam turut menyaksikan pelancaran motosikal Honda CBR650R dan CB650R baharu.

BHP Banner XC40 China

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd., Keiichi Yasuda berkata, ““Pada tahun 2018, Boon Siew Honda telah berjaya melancarkan tujuh unit motosikal berkuasa tinggi ke pasaran Malaysia dan kami amat gembira kerana mendapat maklum balas yang memberangsangkan daripada para pengguna. Kini, kami ingin memenuhi permintaan daripada pasaran segmen pertengahan pula. Oleh kerana itu, kami melancarkan CBR650R dan CB650R serba
baharu pada hari ini.”

CBR650R (RM45,499)

12 Mat Gun Powder Black Metallic

CBR650R diinspirasikan oleh CBR1000RR Fireblade dengan garis-garis tajam dan agresif, fairing sisi, bahagian belakang yang pendek serta lampu LED berkembar yang nipis.

Ia 6 kg lebih ringan berbanding CBR650F yang digantikannya dan mempunyai posisi menunggang yang lebih sporty menerusi pengalihan semula bar hendal 30 mm ke hadapan. Tempat letak kaki juga dialih ke posisi yang lebih ke belakang dan tinggi.

08 CBR650R_Four Cylinder Engine

Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 649 cc, empat silinder sebaris yang menghasilkan 93.8 hp pada 12,000 rpm dan 64 Nm tork pada 8,500 rpm. Enjin ini mampu berputar pada kelajuan 1,000 rpm lebih tinggi bagi menghasilkan kuasa puncak yang lebih lebih tinggi sebanyak 5%.

Kelengkapan standard lain termasuklah fork SFF Showa 41 mm, angkup brek radial empat omboh, Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan klac ‘assist/slipper’.

06 CBR650R_Cockpit Control

Pilihan warna yang ada bagi CBR650R adalah Grand Prix Red dan Matte Gun Powder Black Metallic.

CB650R (RM43,499)

03 CB650R_Candy Chromosphere Red

Selepas memperkenalkan model CB1000R dan CB250R pada tahun lalu, Boon Siew Honda kini membawa rekaan Neo Sports Cafe ke segmen ‘middleweight’ menerusi CB650R serba baharu.

Rekaan yang moden dan minimalis itu menggabungkan inspirasi reka bentuk sebuah café racer dengan lampu bulat signatur dan tangki minyak berarca.

10 CB650R_Showa SFF Upside Down (USD) Forks

Motosikal ini mempunyai spesifikasi yang sama dengan CBR650R, dan ini termasuklah enjin 649 cc empat silinder sebaris dengan 93.8 hp dan 64 Nm, suspensi, brek serta Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan klac ‘assist/slipper’.

Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Candy Chromosphere dan Graphite Black.

 

Previous post

Perodua Myvi Tembusi Pasaran Singapura

Next post

BHPetrol RM5,000 Hanya Swipe & Menang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *