Honda Civic Type R Mugen Concept Curi Tumpuan di Malaysia Autoshow
Honda Malaysia membuat kejutan di acara Malaysia Autoshow 2019 yang membuka tirai hari ini dengan mempamerkan Honda Civic Type R Mugen Concept. Ini merupakan penampilan pertama model itu di Asia Tenggara.
Tampil dalam warna Carnival Red yang menonjol, Civic Type R Mugen Concept tampil lebih agresif berbanding model standard (yang sebenarnya sudah kelihatan cukup garang) dengan kit badan Mugen yang merangkumi 12 elemen iaitu:
- Kemasan karbon pada jeriji
- Lip spoiler hadapan
- Under spoiler belakang
- Kemasan sisi
- Lampu LED belakang
- Rim 20 inci
- Pelekat badan Mugen
- Set nat tayar
- Stereng sport
- Kemasan kulit pada tombol gear
- Karpet sport
- Scuff plate
Bagaimanapun, pakej naik taraf Mugen ini hanya meliputi aspek kosmetik luaran dan dalaman. Di bawah hud, ia masih dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 310 PS dan 400 Nm.
No Comment