Honda Insurance Plus Ditawarkan Untuk Pemilik Honda di Malaysia
Selari dengan fokusnya tunuk menawarkan nilai terbaik dan jaminan bagi perkhidmatan selepas jualan, Honda Malaysia kini menawarkan pelan insurans Honda Insurance Plus (HiP) yang menyediakan liputan komprehensif untuk kebajikan dan kelebihan pelanggan.
Pelan insurans ini menggariskan tiga perkara utama iaitu:
Penyelamatan (Rescue)
Pasukan penyelamat HiP sentiasa bersedia 24 jam sehari 7 hari seminggu untuk membantu pelanggan yang menghadapi masalah di jalan raya. Pelanggan boleh membuat panggilan di talian kecemasan 1-800-18-177 pada bila-bila masa.
Jika berlaku kemalangan, kerosakan atau banjir, pasukan tunda kecemasan 24 jam akan dihantar untuk mendapatkan kereta yang terjejas dan menghantarnya ke pusat badan dan cat Honda terdekat di dalam radius 450 km untuk pemeriksaan dan pembaikan.
Pada masa yang sama, ahli HiP akan dibimbing dan dikemas kini secara berterusan oleh pengedar sah Honda bagi urusan tuntutan. Pelan insurans ini turut menawarkan perkhidmatan pembaikan tepi jalan dengan kos buruh percuma sehingga RM200.
Perlindungan (Protection)
Bagi menawarkan perlindungan komprehensif kepada pelanggan, kereta Honda yang terlibat dalam kemalangan atau rosak akan dihantar ke pusat badan dan cat Honda yang sah untuk diperiksa oleh pakar. Setakat ini, Honda mempunyai 23 pusat badan dan cat dengan kakitangan terlatih dan kelengkapan canggih terkini. Bukan itu sahaja, setiap alat ganti adalah tulen 100% dan didatangkan dengan jaminan selama enam bulan atau jaminan servis 10,000 km.
Pelanggan akan dapat mendapat kereta mereka dengan lebih cepat dan dengan kelulusan tuntutan yang lebih cepat, terutamanya untuk tuntutan pra-kelulusan di bawah RM20,000 yang dibaiki hanya di pusat badan dan cat Honda yang bertauliah.
Penjimatan (Savings)
HiP didatangkan dengan terma liputan dan penjimatan lebih baik bagi kos penggantian. Ahli HiP layak mendapat perlindungan yang meliputi pembayaran 100% untuk kecurian atau ‘total loss’ akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang diinsuranskan.
Bukan itu sahaja, tidak ada kos tersembunyi bagi penggantian alat ganti baru bagi kereta berusia 10 tahun ke atas serta bagi tunda kecemasan 24 jam.
Pemilik kereta Honda baru atau lama boleh membuat permohonan atau pembaharuan HiP di semua pengedar sah Honda.
No Comment