Hi Proton! Untuk Iriz & Persona 2019
PROTON secara rasminya melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam. Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B PROTON itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dan telah diubahkan reka bentuknya, dilakukan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelas yang membezakannya daripada pesaing-pesaing.Kini terdapat sistem stereo pintar pada kedua-dua model ini terus memperkenalkan ciri-ciri pertama dalam kelas. Pada varian Premium 1.6AT bagi kedua-kedua model, sistem ini menggunakan kad eSIM yang membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet. Sistem ini turut menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB. Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencerminan bagi telefon pintar Android.Ya. Sekarang Iriz dan Persona boleh bercakap. Cakap Hi Proton! dan akses pelbagai pilihan yang ada menggunakan arahan suara ini. Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasi-aplikasi baharu.Reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 ini turut diubah dengan gambaran baharu Syarikat iaitu gril hadapan Ethereal Bow sama seperti Proton X70. Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu yang membuatkan Iriz lebih menonjol. Reka bentuk Proton Persona 2019 tidak begitu ketara. Cuma tambahan corak Ethereal Bow dan Infinite Weave, trademark baharu PROTON, spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi.Bisnes Suku pertama tahun ini telah menyaksikan Syarikat mendahului jualan pasaran SUV melalui Proton X70. Sehingga kini, lebih 11,000 unit telah diserahkan dan dengan tempahan diterima yang dicatatkan sebanyak lebih 25,000 unit, maka pada bulan-bulan akan datang ini akan memperlihatkan lebih banyak Proton X70 diserahkan kepada para pemilik. Populariti SUV pertama PROTON adalah disebabkan oleh gaya kontemporari pada model tersebut, kualiti produk yang luar biasa, ciri-ciri pintar dan harganya yang berpatutan.
No Comment