KIA HabaNiro – Kereta Konsep Masa Depan
Minggu lalu di New York Autoshow, Kia melancarkan Konsep Elektrik baharu mereka dengan mod autonomi tahap 5.
Ini adalah salah satu daripada banyak konsep yang di bawah radar, memandangkan betapa banyak yang telah debut, pada bulan lalu sahaja.HabaNiro dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik, termasuk pintu sayap kupu-kupu.Tetapi salah satu matlamat utama Kia dengan konsep ini adalah untuk memperlihatkan potensi sebagai kenderaan yang boleh mana-mana saja.Malah, mereka memanggilnya semua-elektrik Everything Car, iaitu ‘Kategori Kendaraan Baharu Keseluruhan’.Bukan sahaja ianya diimpikan dengan jarak memandu 480km, namun kemampuan off-roadnya ternyata sekali menerusi persediaan pacuan semua rodanya.TT (terus terang), tiada ciri yang kelihatan seperti sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya.Tetapi itulah yang Kia lakukan terbaik: menggabungkan perkara-perkara yang paling menarik yang dibuat oleh jenama premium dengan cara yang boleh diakses oleh semua orang. Walau apa pun, konsepnya benar-benar cantik untuk dilihat. Kan?Namanya saja pun dah rasa pedas.
No Comment