Mazda CX-8 Akan Buat Kemunculan di Malaysia Autoshow 2019
Bermaz Motor, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, menjemput orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat model CX-8 di acara Malaysia Autoshow 2019 di MAEPS, Serdang dari 11 hingga 14 April.
SUV besar ini sebenarnya telah dipertontonkan kepada pihak media pada Februari tahun ini. Ia didatangkan dalam dua varian iaitu SkyActiv-G 2.5 dan SkyActiv-D 2.2, dengan dua pilihan konfigurasi tempat duduk (2+2+2 dan 2+3+2) dan dua pilihan upholsteri (kulit dan fabrik).
Unit yang ditampilkan turut dilengkapi dengan rim aloi 19 inci, lampu utama LED, kemasukan tanpa kunci serta fungsi pelarasan pada tempat duduk pemandu.
Selain CX-8, Bermaz akan turut mempamerkan CX-3, CX-5, CX-9 dan Mazda6. Pengunjung juga boleh memandu uji tiga model yang disediakan iaitu CX-5 2.5, CX-5 2.2D 4WD dan Mazda6 2.5.
No Comment