McLaren Tunjuk Model Grand Tourer Akan Datang
McLaren telah menyiarkan imej teaser bagi model Grand Tourer (GT) terbarunya, menjelang pelancarannya pada Mei ini. Model yang masih belum diberi nama ini merupakan model keempat yang dihasilkan di bawah pelan perniagaan Track25 McLaren.
Perincian teknikal belum didedahkan, namun GT dikatakan mempunyai DNA yang sama dengan Speedtail. Gambar-gambar terbaru yang disiarkan menunjukkan dengan lebih jelas bentuk badan model itu yang tidak lagi memakai panel badan tambahan seperti sebelum ini.
Memasuki fasa seterusnya, model ini diuji secara lebih lanjut menerusi pemanduan sejauh 1,600 km dari tapak pembangunan McLaren di Barcelona, Sepanyol ke Pusat Teknologi McLaren yang terletak di Woking, England.
Perjalanan jauh yang melibatkan dua orang penumpang serta bagasi ini bakal menguji sejauh mana keselesaan dan prestasi model ini sebagai sebuah jentera GT. Setakat ini, McLaren telah mengesahkan bahawa ia dikuasakan oleh enjin twin-turbo V8.
No Comment