Mercedes-AMG CLA 35 4Matic Bakal Muncul Tidak Lama Lagi
Mercedes-Benz telah memulakan kempen bagi AMG CLA 35 4Matic dengan memuat naik imej teaser pertama model itu di laman Facebook rasminya. Ini menandakan bahawa model berprestasi entry-level itu akan diperkenalkan sepenuhnya tidak lama lagi.
Syarikat itu tidak mendedahkan sebarang perincian mengenai model terbarunya itu, sebaliknya hanya menyatakan bahawa ia “menakjubkan dari setiap sudut.”
Tetapi ia bukanlah satu rahsia bahawa CLA dan A-Class menggunakan platform dan enjin yang sama. Berdasarkan logik ini, CLA 35 akan menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 306 hp dan 400 Nm, sama seperti A 35 hatchback yang diperkenalkan pada awal tahun ini.
Enjin empat silinder itu dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic. A 35 boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j, jadi CLA 35 dijangka mempunyai tahap prestasi yang hampir sama.
Sama seperti A 35, CLA 35 akan menjadi varian paling berkuasa dalam barisan model CLA, sehinggalah varian 45 diperkenalkan.
No Comment