Berita Auto

Mercedes-AMG Perkenal A35 Sedan

Mercedes-AMG terus mengembangkan barisan model berprestasi mereka dengan pengenalan model terbaru iaitu A35 Sedan. Secara asasnya, ia sama sahaja seperti versi hatchback yang diperkenalkan pada September tahun lalu.

BHP Banner ferrari langgar

Sudah tentu, apa yang membezakan antara kedua-dua model ini adalah bentuk badan. A35 Sedan mempunyai but di belakang dan ini bermakna ia lebih panjang berbanding A35 hatchback dengan perbezaan sebanyak 130 mm.

mercedes-amg-a-35-limousine (2)

Dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 306 hp pada 5,800 rpm dan 400 Nm dari 3,000 hingga 4,000 rpm, jentera ini mempunyai kuasa yang setaraf dengan pesaing-pesaing terdekatnya iaitu Honda Civic Type R, Volkswagen Golf R dan Audi S3.

mercedes-amg-a-35-limousine (4)

Dengan transmisi automatik AMG Speedshift tujuh kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4Matic, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.8 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Untuk perbandingan, A35 hatchback memerlukan 4.7 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.

mercedes-amg-a-35-limousine (5)

Antara kelengkapan yang boleh didapati pada model ini adalah sistem suspensi adaptif AMG Ride Control, stereng sport dan pemvektoran tork AMG Dynamics. Masuk ke dalam, anda akan menemui rekaan kabin yang sama seperti A-Class, lengkap dengan sistem infotainment MBUX dengan fungsi arahan suara.

mercedes-amg-a-35-limousine (7)

mercedes-amg-a-35-limousine (8)

mercedes-amg-a-35-limousine

Previous post

Ferrari Pun Nak Masuk Restoran

Next post

Rangkaian Shell Rimula Light Duty Baharu Dilancarkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *