Perodua Bakal Lancar Bezza Edisi Terhad di Malaysia Autoshow
Acara Malaysia Autoshow 2019 yang akan dari 11 hingga 14 April di MAEPS, Serdang bakal menyaksikan kemunculan Perodua Bezza model edisi terhad.
Menurut Perodua, model itu akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad iaitu 50 unit sahaja. Ia hanya boleh ditempah di acara itu dan tidak ada di mana-mana cawangan Perodua di seluruh negara.
Syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang maklumat atau gambar model edisi terhad itu. Buat masa ini, Bezza ditawarkan dalam tiga varian (Advance, Premium, GXtra) dengan pilihan enjin 1.0 dan 1.3-liter.
No Comment