Petronas AutoExpert Pertama di Malaysia Dilancarkan
Petronas Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) bersama Petronas Lubricant International (PLI) hari ini melancarkan pusat servis Petronas AutoExpert yang pertama di Malaysia, yang menawarkan produk serta perkhidmatan penyelenggaraan berkualiti tinggi kepada pelanggan.
Pelancaran ini merupakan sebahagian daripada pelan PLI untuk memberi kemudahan kepada pelanggan dengan membawa teknologi canggih PETRONAS dan kepakaran teknikal di bawah satu bumbung.
Cawangan yang diuruskan oleh Autohaus ini merupakan yang pertama daripada 100 pusat yang dijangka dibuka di Malaysia, dengan lebih banyak cawangan yang bakal dibuka di 30 buah negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
Di Petronas Auto Expert, kenderaan pelanggan akan diuruskan oleh barisan mekanik terlatih yang menggunakan kelengkapan dan teknologi terkini untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, diagnostik enjin, penukaran minyak dan banyak lagi.
Terletak di Seksyen 15, Shah Alam, pusat ini dilengkapi dengan 14 ruang pembaikan untuk menampung jumlah pengguna yang tinggi.
Pembukaan pusat servis Petronas AutoExpert dirasmikan oleh Naib Presiden Pemasaran Petronas, Perniagaan Hiliran, Dato’ Sri Syed Zainal bersama Ketua Perniagaan Asia Pasifik PLI, Ruslan Halim Islahudin, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Hardeep Singh dan Pengarah Autohaus, Muhammad Eezam Masripan.
No Comment