Bisnes

Petronas Dan Proton Teruskan Kerjasama

Sudah berkerjasama sejak 1989 dan kini ianya di lanjutkan lagi. Sesi menandatangani perjanjian turut disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB.PETRONAS PROTON JV1

“PROTON bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama PETRONAS yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong.PETRONAS PROTON JV3Kenyataan Media 

Syarikat Otomobil Nasional Sdn Bhd (PROTON) hari ini melanjutkan lagi kerjasama mereka bersama PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMM), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan PETRONAS Lubricants International (PLI) selama sepuluh tahun, bagi menghasilkan dan menghantar produk-produk pelincir dan cecair-cecair berfungsi, berkuatkuasa 1 Januari 2019.PETRONAS PROTON JV4Perjanjian Pembekalan, Teknologi, Komersial dan Kerjasama Global (STCCA) telah ditandatangani oleh Ruslan Islahudin iaitu Ketua Perniagaan Daerah APAC PLI, disaksikan Andrew Wong, Ketua Wilayah bagi OEM APAC, dan bagi pihak PROTON ialah Lim Meng Jin, Ketua Pegawai Perolehan PROTON, disaksikan Yusri Yusof, Pengarah Kanan Strategi Korporat. Bagi Perjanjian Pembekalan dan Kerjasama Komersial Tempatan (LSCCA) pula, ianya telah ditandatangani oleh Hardeep Singh, Ketua Pegawai Eksekutif PLMM yang mewakili PETRONAS dan disaksikan oleh Gan Kher Yang, Pengurus Besar Jualan B2C manakala bagi pihak PROTON adalah Tuan Haji Hamizan Osman, Pengarah Kanan Perolehan PROTON serta saksi yang sama.PETRONAS PROTON JV5Sesi menandatangani perjanjian ini disaksikan oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB dan Pengerusi PLMM dan PLI serta Giuseppe D’Arrigo, Ketua Pegawai Eksekutif PLI. Pihak PROTON pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed.PETRONAS PROTON JV2“PROTON dan PETRONAS telah bekerjasama sejak dahulu lagi, jadi tidak hairanlah sekiranya kami ingin melanjutkan tempoh perjanjian kerjasama ini. PROTON bakal menghasilkan pelbagai model baharu yang menarik dan kami sangat teruja untuk meneroka dengan lebih mendalam cecair-cecair teknikal yang dihasilkan bersama PETRONAS yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami,” kata Dr Li Chunrong.PETRONAS PROTON JV6Pada tahun 2019, PROTON berjaya mencapai peningkatan jualan yang didorong oleh jualan model Proton X70, SUV pintar pertama di Malaysia. Bagi tiga bulan pertama tahun ini, Syarikat telah mencatatkan bilangan jualan tertinggi antara mana-mana SUV di Malaysia dan terus mendapat tarikan daripada pembeli-pembeli kereta di Malaysia yang telah membuat tempahan lebih 25,000 unit setakat ini.PETRONAS PROTON JV7Meskipun baharu sahaja diperkenalkan, SUV pertama PROTON itu dibuktikan sebagai model popular disebabkan oleh teknologinya yang canggih, dilengkapi gaya kontemporari dan menarik serta mempunyai kualiti unggul yang telah diperiksa secara teliti oleh PROTON. Syarikat juga telah melabur dalam rangkaian cawangan 3S/4S untuk menyediakan perkhidmatan premium kepada pelanggannya dan setakat ini Syarikat mempunyai bilangan cawangan yang paling tinggi berbanding mana-mana jenama automotif di Malaysia.PETRONAS PROTON JV9“PETRONAS telah menjadi pembekal cecair rasmi kepada PROTON sejak 1989. Kami berbesar hati untuk mengembangkan lagi perkongsian ini kerana ini merupakan bukti jelas kepercayaan dan keyakinan PROTON terhadap produk dan perkhidmatan kami,” ujar Dato’ Sri Syed Zainal Abidin.PETRONAS PROTON JV8Melalui perkongsian ini, PLI dan PLMM akan terus membekalkan pelbagai produk berkualiti untuk memenuhi keperluan kilang PROTON dan servis selepas jualannya, dengan menjadikan rangkaian PETRONAS Syntium SE sebagai produk utama.PETRONAS PROTON JV10Pelincir-pelincir dan cecair-cecair berfungsi PETRONAS dihasil berdasarkan pendekatan bersepadu PETRONAS Fluid Technology Solutions™, yang kini berada di tahap teras dalam kerja-kerja kejuruteraannya.PETRONAS PROTON JV13PETRONAS memanfaatkan pengetahuan dan pemahaman yang diperoleh melalui kemudahan R&D yang luas di seluruh dunia termasuklah Pusat Penyelidikan dan Teknologi Global bernilai USD$60 juta yang terletak di Villastellone Turin, Itali serta Pusat Penyelidikan dan Teknologi Satellite yang bernilai USD$8 juta di Contagem, Minas Gerais, Brazil.PETRONAS PROTON JV11

Previous post

Proton Iriz dan Persona 2019 Muncul di Malaysia Autoshow

Next post

Perodua Aruz Kini Dengan Aksesori GearUp

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *