Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Pikap Great Wall Mencabar Ford Ranger

Nampak gayanya Great Wall Motor Company Limited (Great Wall Motor), pengilang SUV dan pikap terbesar di China mahukan kejayaan global Ford Ranger. Jenama kenderaan utiliti terkenal Cina ini baru sahaja melancarkan tiga trak pikap baharu sebagai sebahagian daripada Siri P baharu mereka di Auto Shanghai 2019.BHP Banner Pikap Great Wall

Pengenalan siri P Great Wall Motor menandakan kemasukan rasmi pembuat kereta itu ke dalam pasaran trak pikap antarabangsa. Dibina menggunakan platform P71 yang baharu, siri P adalah penerbitan sulung dalam strategi pickup tiga tahun “5 + N” Great Wall Motor.Great-Wall-PU 2

Pickup off-road siri P direka untuk berani dan mantap. Model ini dilengkap standard dengan tiga differential locks bahagian depan dan belakang, hos wading, winch, tangki U-turn dan banyak konfigurasi off-road profesional lain termasuk kedalaman wading 900 mm. Debutnya menjadi salah satu model paling popular dalam pameran auto tahun ini.

Great-Wall-PU 3

Satu lagi model yang dipamerkan pada pameran tahun ini ialah pikap komersial elektrik siri P, yang dilengkapi dengan jarak sejauh 500 km, membolehkan pengecasan cekap selama 2 jam.

Great-Wall-PU 4

Great Wall Motor siri P akan bersaing dengan trak pikap yang dihasilkan oleh Toyota dan Ford, dan merupakan sebahagian daripada cita-cita pembuat kereta untuk menjadi pemimpin dalam segmen pickap.

Great-Wall-PU 5

Great Wall Motor

Ditubuhkan pada tahun 1984, Great Wall Motor Company Limited (Great Wall Motor) merupakan pengeluar SUV dan pickup terbesar di China. Mereka antara 10 syarikat swasta tersenarai di China dan Forbes ‘Asia Fabulous 50, Great Wall Motor pada masa ini mempunyai 30 syarikat subsidiari, empat pangkalan pembuatan, dan tenaga kerja lebih dari 60,000 orang. Dengan empat jenama dalam portfolio mereka – Great Wall, Haval, WEY dan Ora – dan tumpuan yang meningkat kepada pasaran luar negara. matlamat Great Wall Motor adalah untuk menyediakan SUV dan kenderaan pickap berkualiti tinggi kepada pelanggan di seluruh dunia.Great-Wall-PU 6

 

Previous post

Toyota Vios Challenge …….Lebih Dari Perlumbaan

Next post

Boy Wong, Brendon Lim, Diana Danielle Juara Keseluruhan Cabaran Toyota Vios Musim Ke-2

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *