Pusingan Kedua Cub Prix Malaysia Akan Diteruskan
Promoter Cub Prix Malaysia, Two Wheels Motor Racing (TWMR) dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pusingan kedua kejuaraan Cub Prix Malaysia akan diteruskan seperti yang dirancang di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang pada 13 dan 14 April ini.
Ini adalah berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Automobil Malaysia (AAM) sebagai badan berkuasa sukan permotoran negara pada 30 November 2018.
Dalam kenyataan tersebut, TWMR mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan kerana bersetuju untuk berkompromi dengan ahli-ahli sukan permotoran di Malaysia.
“Dengan bekerjasama, Pejabat Pesuruhjaya Sukan dan ahli sukan permotoran Malaysia telah memastikan kesinambungan sukan tersebut dalam pelbagai bentuk.”
No Comment