Sukan

Rozaiman Yakin Mampu Bersaing

Beraksi di halaman sendiri memberi keyakinan buat Md Rozaiman Md Said untuk tampil dengan aksi terbaik dalam kategori CP150 pada pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang akan berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 13 dan 14 April ini.

BHP Banner booster

Meskipun beralih ke pasukan baharu pada saingan musim 2019 ini, pelumba yang pernah bergelar naib juara keseluruhan CP115 2010 itu yakin Cilik RCB Motorsport mampu memberikan cabaran kepada pasukan yang lebih besar dan berpengalaman.

“Sebagai pasukan baharu, saya akui kami mempunyai banyak kekurangan namun dengan pengalaman dan kerja keras seluruh pasukan, saya yakin kuasa jentera kami akan terus meningkat. Malah seluruh pasukan juga senang memberikan kerjasama untuk membantu kami beraksi dengan lebih baik,” jelas Rozaiman yang menamatkan perlumbaan pusingan pembukaan di Jasin, Melaka di kedudukan ke-15.

AAA_9432

“Perlumbaan di Jasin sebelum ini, jentera kami mempunyai sedikit masalah dan kami telah mengenalpasti kelemahan tersebut. Selepas melakukan perubahan dan ujian, jentera kami menunjukkan banyak peningkatan dan saya berharap keupayaan jentera akan bertambah baik sewaktu minggu perlumbaan nanti.

“Saya menetapkan untuk layak ke Superpole bagi mencari petak mula yang terbaik. Tahun lalu saya menamatkan saingan di kedudukan ke-15, dan minggu ini saya berharap dapat meraih keputusan membanggakan.”

Previous post

Bukan 1 Tapi 2 Kanak-Kanak Di Kerusi Hadapan Tanpa Tali Keledar

Next post

Mercedes-Benz A-Class Sedan Terjah Pasaran Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *