Toyo Proxes Terbaharu – TR1 – Sekarang Di Malaysia
Penggemar pemanduan di Malaysia yang berminat dengan pemanduan berprestasi tentunya gembira kerana kini kereta mereka boleh dilengkapi dengan Proxes TR1, pengganti kepada Proxes T1R yang popular dulu.
Proxes TR1 merupakan versi terkini dalam siri tayar prestasi Ultra Sporti Toyo. Ianya memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan untuk penggemarpemanduan dan pemilik kereta sedan yang sporty.Di reka bentuk khusus untuk menarik minat pengguna samada untuk acara-acara di balapan (trek) atau hanya untuk bersiar-siar di hujung minggu, Proxes TR1 menggabungkan reka bentuk yang unikdan fungsional yang unik, yang ditunjukkan melalui corak bunga asimetrik yang bergaya dan menarik untuk menghasilkan prestasi pengendalian yang mengagumkan di permukaan basah serta memberi kestabilan ketika mengambil selekoh.Menggabungkan reka bentuk Proxes Sport dan Proxes T1R, Proxes TR1 mempunyai profil tayar yang juga kelihatan agresif dan fungsional pada masa yang sama.Reka bentuk yang agresif pada bahu tayar itu diambil dari Proxes T1R, yang mempunyai alur condong yang panjang dan bukaan sisi lateral untuk saliran air yang lebih baik sementara aspek fungsional diambil dari Proxes Sport dengan menambah alur lurus yang lebar, blok kekakuan yang tinggi dan bukaan tirus untuk melicinkan pengaliran air serta cengkaman dan kestabilan semasa mengambil selekoh.Antara ciri-ciri terbaik Proxes TR1 adalah keunikan “pengesan proses kehausan tayar” yang ditunjukkan secara visualisasi kadar kehausan tayar tersebut.Bermula dengan indikasi 5 bintang, semakin lama tayar digunakan, jumlah bintang akan berkurangan sehingga mencapai sifar bintang di mana ini menunjukkan sudah tiba masa untuk pengguna menukar tayar mereka.
Ciri unik Proxes TR1 yang kedua adalah penggunaan bahan untuk menghasilkan Proxes TR1 dengan menggabungkan Super Active Polymers dan kandungan silica yang tinggi memberikan imbangan pada cengkaman ketika di permukaan basah dan mengurangkan rintangan ketika putaran.
PembuatanProxes TR1 turut menggabungkan tiga ciri-ciri lain: lapisan lengan bergulungan yang menyokong kestabilan ketika pengendalian di permukaan basah dan kering; lapisan keluli berketegangan tinggi turut meningkatkan pengendalian dan kestabilan arah; dan yang terakhir pengisi manik yang berkepadatan tinggi memberikan tindak balas linear yang lebih baik dan penuh ketahanan.Keseluruhannya, Proxes TR1 mengurangkan sebanyak 16% dalam pengendalian ketika di permukaan basah dan prestasi ketika membrek berbanding dengan Proxes T1R.
Rintangan ketika putaran dengan Proxes TR1 turut memenuhi piawai R117 peringkat 2 sebagaimana yang ditentukan oleh United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
En. Tan Song Chye, Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn Bhd berkata “Saya amat yakin bahawa Proxes TR1 berupaya menarik minat penggemarpemanduan yang menghargai teknologi terkini dari Jepun.Proxes TR1 sesuai untuk segmen pertengahan sukan dan meyokong kenderaan-kenderaan kontinental dan Jepun, terutamanya di antara segmen-B hingga segmen-E dalam kelas-kelas kenderaan.”
Proxes TR1 kini boleh didapati di Malaysia dalam 24 saiz, dari 15 – 19 inci diameter rim (rujuk lampiran maklumat), dengan harga runcit yang disyorkan antara RM199 hingga RM800 setiap tayar, bergantung pada saiz tayar.Proxes TR1 boleh dibeli di seluruh Malaysia dari 74 pusat Jualan dan Perkhidmatan Setempat Toyo Tyres, yang menawarkan peralatan otomotif yang canggih, ruang parkir yang luas, dan bilik menunggu berhawa dingin. Menurut Mr. Tan lagi, bersempena dengan pelancaran Proxes TR1, para pengguna akan dihadiahkan dengan sebuah beg Targus bernilai RM109 dengan setiap belian satu set tayar Proxes TR1 (4 biji tayar) di sepanjang bulan Mei 2019, sementara stok masih ada.Toyo Tires di Malaysia diniagakan di bawah nama Toyo Tyre Sales And Marketing Malaysia Sdn Bhd dan merupakan sebuah anak syarikat kepada Toyo Tire Corporation, Japan.
No Comment