Toyota Ucap Selamat Tinggal Kepada Mark X
Walaupun tidak dibawa masuk secara rasmi, nama Toyota Mark X tetap popular di negara ini dek kerana lambakannya di pengedar-pengedar kereta terpakai atau ‘recond’.
Percaya atau tidak, sudah lebih 50 tahun model ini berada di pasaran sejak ia diperkenalkan buat kali pertama dengan nama Corona Mark II. 36 tahun dan sembilan generasi kemudian, ia diambil alih oleh Mark X yang memasuki generasi kedua pada tahun 2009.
Bagaimanapun, pengeluaran model ini akan dihentikan tidak lama lagi dan sebagai tanda ucapan selamat tinggal, Toyota akan menawarkan Mark X Final Edition yang didatangkan dengan pelbagai kelengkapan eksklusif seperti rim aloi bersaiz 18 inci dan bampar hadapan custom.
Di dalam, sedan pacuan roda belakang ini upholsteri kulit dua tona (hitam dan merah) serta jahitan kontras berwarna merah yang boleh didapati pada stereng, gear, pintu dan perehat tangan.
Selain itu, ciri Toyota Intelligent Clearance Sonar dengan Rear Cross Traffic Alert turut disertakan secara standard. Terdapat tiga warna untuk dipilih iaitu White Pearl Crystal Shine, Silver Metallic dan Precious Black Pearl.
No Comment