Kereta Volvo Di Eropah Sekarang Boleh Bagi Amaran Antara Satu Sama Lain.
Bermula minggu ini, Volvos Siri-90 di Eropah, akan mempunyai ciri-ciri keselamatan baru yang diaktifkan. Khususnya, kereta-kereta ini akan dapat berkongsi tanpa-nama data berkaitan keselamatan antara satu sama lain. Katakanlah Volvo S90 mengesan jalan yang licin atau memasang lampu hazard, maklumat ini disampaikan kepada Volvo XC90 lain yang dekat dengan mereka.
Tujuan teknologi ini adalah untuk memberi amaran kepada pemandu Volvo akan kemungkinan bahaya di jalan raya.Volvo memanggil teknologi ini, Slippery Road Alert and Hazard Light Alert (Amaran jalan licin dan amaran lampu hazard). Mereka telah menggunakannya di Sweden dan Norway sejak 2016, dan akan menjadikannya standard pada semua Volvo baharu di Eropah. Pemilik Eropah yang sudah mempunyai kereta 90-Series boleh pilih untuk sistem itu dipasang. Malah, Volvo mengatakan bahawa teknologi ini tersedia pada kenderaan yang dibina di atas kedua platform SPA dan CMA mereka. Pada dasarnya semua kereta mereka kecuali V40 semasa.
No Comment