Yamaha Y15ZR V2 Dijual Pada Harga RM8,168
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga Yamaha Y15ZR V2 yang dilancarkan baru-baru ini iaitu RM8,168 tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.
Model terbaru ini menampilkan beberapa pembaharuan, termasuk rekaan lampu utama LED yang kini mempunyai tiga bahagian (dua aras rendah, satu aras tinggi). Panel meter LCD baharu yang digunakan adalah lebih terang dan lebih lengkap.
Selain itu, model kapcai yang cukup popular ini juga mendapat tayar hadapan yang lebih besar berbanding sebelum ini dengan saiz 90/80 . Ia dipadankan dengan tayar belakang berukuran 120/70.
Enjin yang digunakan adalah sama seperti sebelum ini iaitu enjin 150 cc silinder tunggal dengan sejukan cecair yang menghasilkan 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm pada 7,000 rpm. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear lima kelajuan.
Terdapat empat warna menarik untuk dipilih iaitu Striking Cyan, Storm Blue, Blazing Red dan Dynamic Grey. Setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek percuma bernilai RM100.
No Comment