16 Orang Mati Di Jalan Raya Malaysia Setiap Hari
Ianya adalah ulang tahun ke-60 tali pinggang keledar tiga mata yang dicipta oleh seorang pekerja Volvo Car Sweden dan syarikat itu mengeluarkan teknologi tali pinggang keledar ke dunia secara PERCUMA kerana ia merupakan alat penyelamat nyawa yang hebat dan sekarang Volvo Car Malaysia mahu pastikan rakyat Malaysia selamat di jalan raya dengan mempromosikan penggunaan tali pinggang keledar, untuk penumpang depan dan belakang.
Volvo Car Malaysia, pembuat kereta premium, telah mengesahkan komitmennya untuk keselamatan dengan melancarkan kempen keselamatan jalan raya #SafeDrive dengan Volvo Car Malaysia yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggunakan tali pinggang keselamatan untuk semua penghuni kereta.
“Semua teknologi keselamatan automotif bergantung pada tali pinggang keselamatan tiga titik sebagai titik rujukan. Tanpa tali pinggang keselamatan, sebarang ciri perlindungan atau pencegahan di dalam kereta boleh menjadi tidak berkesan.
Salah tanggapan orang ramai bahawa beg udara, struktur kemalangan, dan sistem keselamatan yang aktif sahaja cukup untuk melindungi penghuni dalam kereta; ini sudah tentu tidak tepat, “jelas Encik Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.Tali pinggang keselamatan tiga mata itu dicipta oleh jurutera Volvo, Nils Bohlin, pada tahun 1959, dan menjadi inovasi keselamatan terpenting yang pernah diperkenalkan di dalam kereta.
Mengetahui pentingnya peranti itu, Volvo Cars menghadiahkan paten itu kepada umum, jadi ia boleh dipasang pada mana-mana kereta dari mana-mana pengeluar – berdasarkan data dalaman yang dikumpul oleh Volvo Cars sejak tahun 1960-an, telah dianggarkan bahawa tali pinggang keselamatan tiga mata itu telah menyelamatkan lebih daripada satu juta nyawa.
No Comment