Berita Auto

BMW dan MINI Malaysia Perkenal Program Lanjutan 1 Tahun Servis dan Pembaikan

BMW Malaysia dan MINI Malaysia telah mengumumkan program lanjutan selama 1 tahun untuk Program Inklusif Servis + Pembaikan (Service + Repair Inclusive Programs) bagi kenderaan BMW dan MINI baharu yang dibeli mulai hari ini sehingga 30 Jun 2019.

BHP Banner Syahpadu

Tawaran tersebut kini memberikan pemilik 6 Tahun Waranti Perbatuan Tanpa Had dengan Program Servis Berjadual Percuma bagi semua kenderaan BMW serta Inklusif Servis MINI (MINI Service Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan dan Inklusif Pembaikan MINI (MINI Repair Inclusive) 5 tahun/tanpa had perbatuan bagi kenderaan yang dibeli untuk musim perayaan ini.

Skop perkhidmatan yang ditawarkan bersama program waranti lanjutan ini sejajar dengan status Servis Berasaskan Kondisi BMW (BMW Condition Based Service) dan ia merangkumi pemeriksaan kenderaan, penukaran minyak enjin, serta servis untuk penapis udara, penapis bahan api, penapis mikro, palam pencucuh dan bendalir brek.

Di samping itu, program Inklusif Servis MINI dan Inklusif Pembaikan MINI perbatuan juga boleh didapatkan oleh pelanggan pakej flit, kenderaan dikecualikan duti, program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) serta Program Kepulangan Pakar (REP).

BMW and MINI Malaysia Introduces Additional 1-Year Extensions to Service + Repair Inclusive Programs for New Vehicles (4)

Sepanjang tempoh kempen ini menerusi promosi BMW ChargeNow Promo, pemilik baharu mana-mana kenderaan BMW iPerformance akan menerima kabel pengecasan pantas BMW dan kad BMW ChargeNow, yang memberikan akses ke atas stesen pengecasan ChargEV.

Dengan servis BMW ChargeNow, pengguna dapat menikmati bantuan 24/7 dan akses terhadap lokasi-lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang menawarkan lebih daripada 270 fasiliti pengecasan di seluruh negara. Tambahan lagi, pemilik 740Le dan X5 xDrive40e juga akan mendapat i Wallbox Plus dan kabel pengecasan pantas BMW secara percuma dengan promosi, BMW i Wallbox Promo.

Previous post

Subaru XV GT Edition Dilancarkan di Malaysia

Next post

Volvo Car Malaysia Lancar Kempen #SafeDrive

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *