Majlis Berbuka Puasa & Sumbangan Hari Raya Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin
Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, asas CSR Kumpulan Naza, menjemput lebih dari 120 kanak-kanak dari dua rumah anak yatim untuk berbuka puasa dengan pengurusan kanan Kumpulan Naza dan 60 pekerja sukarelawan di Pusat Perdagangan & Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Inisiatif tahunan oleh konglomerat Bumiputera milik swasta bertujuan untuk memberi balik kepada masyarakat bersempena Ramadhan ini agar ianya menjadi lebih ceria bagi mereka yang kurang bernasib baik.
Anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim dan Miskin Seri Kundang serta Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia menikmati hidangan bufet Buka Puasa yang diselenggarakan pada majlis yang dianjurkan oleh pengasas Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, Puan Sri Datin Seri Utama Zaleha Ismail dan keluarganya, SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama, Kumpulan Syarikat Naza dan pasangannya Marion Caunter Abdullah; Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama, Kumpulan Syarikat Naza; SM Faliq SM Nasimuddin, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Syarikat Naza dan pasangannya Chryseis Tan; dan Nur Diana SM Nasimuddin dan Nur Nadia SM Nasimuddin, Pengarah Bahagian F & B, Naza F & B Holdings. Anak-anak yatim juga menerima pakaian baru, wang raya dan sumbangan kewangan kepada rumah-rumah bernilai hampir RM70,000, untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.
“Sudah menjadi tradisi Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin untuk memberi sokongan kepada golongan yang kurang bernasib baik terutama pada bulan Ramadhan. Yayasan ini ditubuhkan sebagai penghormatan kepada arwah ayah kami dan oleh itu, ianya adalah satu-satunya usaha amal yang dekat dengan hati kami – untuk membantu mereka yang memerlukan dan menyumbang kepada kebaikan bersama melalui amal dan sukarelawan, ” kata SM Nasarudin SM Nasimuddin, Pengerusi Eksekutif & Ketua Eksekutif Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd.
“Kami amat berterima kasih dan gembira dapat menyebarkan kegembiraan Ramadhan sekali lagi kepada mereka yang berkeperluan. Melalui program tanggungjawab sosial korporat, kami berharap dengan berkongsi kejayaan kami dengan yang kurang bernasib baik, kami dapat menjadikan Ramadhan dan Syawal mereka lebih bermakna, ” tambah SM Nasarudin.
Para sukarelawan Yayasan Tan Sri SM Nasimuddin, yang terdiri daripada pengurusan kanan dan kakitangan Kumpulan Naza, turut menyertai program CSR Sebulan Ramadhan di mana mereka melawat komuniti yang kurang bernasib baik.
Gambar-gambar tambahan:
No Comment