Derma Organ: Program ‘CODE: Life!’ Berikan Penjelasan!
Sedikit khidmat masyarakat. Ini berkenaan dengan derma organ. Hanya 1.3% rakyat Malaysia adalah penderma organ. Sedih. Saya pun belum. Jom kita selidik lebih mendalam tentang hal ini. Program ‘CODE: Life’ boleh terangkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai program ini dan aktiviti NKF yang lain sila layari http://www.nkf.org.my atau hubungi 03-7954 9048.
SIARAN MEDIA
“COMMUNITY ORGAN DONATION DRIVE CODE: LIFE” ANJURAN YAYASAN BUAH PINGGANG KEBANGSAAN MALAYSIA
Petaling Jaya, Mei 2019 – Menurut laporan Pusat Sumber Transplan Nasional, bilangan pesakit dalam senarai menunggu derma organ meningkat setiap tahun tetapi hanya 1.3% daripada penduduk di Malaysia yang mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.
Bagi menangani isu ini, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) telah menjalankan program CODE: Life dimana ia merupakan sebuah forum mengenai pemindahan buah pinggang sewaktu hidup.
Program “CODE: Life” telah dilancarkan pada November 2018 dan sejak itu beberapa sesi program turut dijalankan disekitar kawasan Lembah Klang. Sesi baru-baru ini telah berjaya menarik sebanyak 138 peserta melibatkan pesakit dialisis, penjaga dan kakitangan perubatan yang terlibat dalam pemindahan organ buah pinggang.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi forum tersebut termasuk ceramah kesihatan mengenai pemindahan buah pinggang oleh pakar nefrologi, serta sesi perkongsian daripada penderma dan penerima buah pinggang. Acara tersebut berakhir dengan sesi interaktif diantara peserta dan pakar nefrologi.
“NKF berharap program CODE: Life dapat mendidik dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan pesakit dialisis, penjaga dan masyarakat mengenai pemindahan buah pinggang sebagai pilihan pertama untuk pesakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit berbanding dengan menjalani proses dialisis. Diharap lebih ramai pesakit ESRD akan menjalani pemindahan buah pinggang bagi mengurangkan senarai menunggu pesakit di Malaysia dalam masa yang sama dapat melahirkan masyarakat yang lebih sihat & penyayang dengan menjadi penderma organ terutamanya buah pinggang,” kata Chua Hong Wee, CEO NKF.
No Comment