Kalau Dah Salah Tu?
Kita selau lihat. Begitu ramai, terutama yang tinggal di Lembah Klang, fikir tempat letak kereta berganda adalah hak kelahiran mereka. Ya, kita masih menentang merosakkan kereta mereka, tapi memang tidak ada alasan bagi mereka yang menimbulkan masalah dengan pegawai penguat kuasa.
Lihatlah klip ini di bawah. Pesalah nampak gayanya telah meletak kereta Nissannya berganda dan telah dikenakan saman. Kenderaannya di sedang ditarik dan dia terus menghalang pegawai-pegawai daripada melakukan tugas mereka.Salah seorang dari mereka di situ (belakang kamera) mengatakan bahawa dia seorang peguam. Sekiranya ini benar, lagilah dia tidak patut berkelakuan demikian. Sebenarnya dia harus membiarkan pegawai-pegawai mengangkut keretanya, kemudian membayarnya untuk dibebaskan di depot.
Jika kita rakyat Malaysia inginkan kemajuan, kenapa kita masih menghalang pegawai-pegawai yang menguatkuasakan undang-undang? Sekiranya kejadian seperti ini berlaku di luar negara, walaupun orang Malaysia adalah pesalah, dia tidak akan berani bertekak dengan pegawai penguat kuasa.
Jika anda tonton keseluruhan klip ini, dekat penghujungnya, anda akan melihat bahawa dia cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa pegawai-pegawai telah pun menawarkan untuk tidak mengangkut kereta jika dia bayar dengan serta-merta dan kemudian perbalahan menjadi sedikit fizikal. Tidak ada maknanya untuk meningkatkan lagi ketegangan dari awal-awal.
No Comment