Berita Auto

Kia Akan Perkenal SUV Kompak Untuk Golongan Milenial

Kia akan memperkembangkan barisan SUV-nya dengan model kompak tidak lama lagi. Lakaran rasmi ini menunjukkan sedikit sebanyak reka bentuk model itu sebelum ianya didedahkan sepenuhnya pada musim panas nanti.

BHP Banner Defender

Dengan rekaan moden yang diinspirasikan oleh model konsep Kia SP Signature, SUV kecil yang masih belum diberi nama ini dijangka akan mencuri perhatian golongan milenial dengan gabungan karakter gagah SUV dan perincian yang sofistikated seperti hud yang panjang dan garisan karakter pada bampar hadapan.

Bukan itu sahaja, garisan bahu yang menonjol, bentuk bumbung yang menurun di bahagian belakang serta kemasan metalik pada bampar belakang memberikan SUV ini imej yang sporty.

537914

Ciri kemewahan pula ditonjolkan menerusi lampu hadapan LED yang bergabung dengan jeriji. Ia mempunyai grafik tiga dimensi dan corak berlian yang turut ditampilkan pada lampu belakang.

Menurut Kia lagi, model ini mempunyai ruang dan kebolehan SUV tradisional yang disampaikan dalam pakej yang kompak. Ia akan memasuki pasaran Korea pada pertengahan tahun ini, disusuli dengan pasaran-pasaran lain.

Previous post

Rangkaian Volkswagen 'Sound & Style' Diperkenalkan

Next post

MINI John Cooper Works Clubman, Countryman Tampil Dengan 306 HP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *