Peluang Menang Vespa Di Sunway Pyramid Musim Raya Ini
Pusat beli-belah Sunway Pyramid berkerjasama dengan Kumpulan Naza untuk menghadiahkan sebuah Vespa edisi terhad kepada seorang pemenang bertuah. Vespa istimewa ini hiasi hasil tangan karyawan seni terkenal, Fritilldea. Pembeli hanya perlu melengkapkan tiga aktiviti di Orange Concourse Sunway Pyramid, imbas kod QR yang unik untuk muat turun aplikasi mudah alih Sunway Pyramid yang baharu dan daftarkan diri untuk peraduan ini yang akan berakhir pada 9 Jun.
SIARAN AKHBAR
MEKAR DENGAN PERMULAAN BAHARU SEMPENA RAYA INI DI SUNWAY PYRAMID
- Pusat Beli-Belah Sunway menyambut Raya Aidilfitri dengan tema Bunga-Bunga Raya
- Pembeli-belah berpeluang untuk memenangi Vespa edisi terhad dengan aplikasi mudah alih Sunway Pyramid yang terbaharu
- Nikmati taman interaktif yang unik, permainan dan serlahkan kreativiti anda di bengkel dekoratif bunga
Kuala Lumpur, 10 Mei 2019 – Sambutan Raya sekar-mekar dengan bunga-bungaan di pusat beli-belah Sunway Pyramid yang menyaksikan ketibaan musim perayaan Aidilitri disambut dengan tema ‘Bunga Bunga Raya’ di datarannya (concourse).
Sejajar dengan namanya ‘bunga raya’, ia akan menjadi tema utama Orange Concourse di aras LG2 bagi sambutan Raya bermula hari ini sehingga 9 Jun.“Di bawah tema utama ‘Bunga-Bunga Raya’, pusat beli-belah Sunway Pyramid telah memilih untuk mempamerkan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang melambangkan kebersamaan. Sebagaimana perbezaan saiz dan bentuk bunga raya mencerminkan perpaduan dalam kepelbagaian, kami berharap perayaan Hari Raya tahun ini akan terus mengukuhkan semangat kebersamaan bagi tahun-tahun yang akan datang,” kata HC Chan, Ketua Pengawai Eksekutif Sunway Malls dan Taman Tema Sunway.Kesemua pusat beli-belah Sunway akan mengetengahkan konsep kreatif mereka tersendiri berdasarkan tema utama yang meraikan kecantikan bunga-bunga Malaysia termasuk Bunga Raya, Bunga Orkid, Bunga Kertas (Bougainvillea), Bunga Geranium, Bunga Seri Pagi (Morning Glory) dan Bunga Melati (Jasmine). Selain dari segi estetika, setiap bunga juga mempunyai makna simboliknya yang masing-masing membawakan maksud seperti kebersamaan, perayaan, pengampunan, harapan, permulaan dan kemurnian.Sunway Pyramid turut menjalin kerjasama dengan Kumpulan Naza untuk menghadiahkan sebuah Vespa edisi terhad kepada seorang pemenang bertuah. Vespa yang bergaya ini lebih istimewa kerana karya seni pada Vespa tersebut adalah hasil tangan karyawan seni terkenal, Fritilldea.Untuk berpeluang memiliki Vespa edisi terhad ini, pembeli hanya perlu melengkapkan tiga aktiviti di Orange Concourse Sunway Pyramid, imbas kod QR yang unik untuk muat turun aplikasi mudah alih Sunway Pyramid yang baharu dan daftarkan diri untuk peraduan ini yang akan berakhir pada 9 Jun.Orange Concourse dihiasi dengan gubahan serta susunan bunga-bungaan yang membolehkan pengunjung mengamati keindahannya merentasi taman dalam bangunan yang unik ini dengan lima aktiviti berbeza, setiap satu daripadanya melambangkan sehelai kelopakbunga raya.Aktiviti yang pertama melibatkan acara menangkap dan mengongsikan gambar kreatif menerusi laman Instagram atau Facebook di Buaian Bunga-Bunga (Bunga-Bunga Swing). Pembeli-belah kemudiannya boleh melengkapkan empat aksi di Kawasan Permainan Hopscotch (Hopscotch Play Area). Serta jangan lepaskan peluang untuk mencuba Laluan Flora Mekar (Blooming Floral Walk); pembeli-belah yang meluangkan masa mereka dengan berjalan di laluan ini akan memperoleh sehelai kelopak. Pembeli-belah juga boleh mengamati taman mekar yang interaktif dan serba unik serta serlahkan bakat kreatif mereka dengan menghasilkan pertunjukan bunga mereka sendiri. Kelopak bunga yang terakhir dapat diperoleh dengan mengambil gambar di kios foto Laluan Memori Flora (Floral Memory Lane).Bagi mereka yang ingin membawa pulang hadiah atau dekor bunga-bungaan sempena musim perayaan ini, pembeli-belah boleh mengunjungi pasar bunga Fleurs Raya atau mencuba kemahiran seni dan kraf mereka di bengkel-bengkel yang akan dianjurkan di dataran tersebut pada tarikh yang tertentu. Pembeli-belah juga boleh belajar menjaga taman mini mereka sendiri dengan menghadiri bengkel dekoratif bunga yang akan diadakan pada hujung minggu.Untuk memaniskan lagi acara perayaan ini, pembeli-belah boleh memanjakan diri mereka dengan coklat Royce dan pembeli-belah yang berbelanja RM 500 dalam jumlah resit maksimum iaitu sebanyak dua resit (RM 400 untuk pemegang kad kredit HSBC) boleh menebus sebalang Yankee Candle di dataran tersebut.Dengan lebih daripada 1,000 kedai khusus yang terletak dalam pusat beli-belah ini yang merangkumi fesyen antarabangsa, kecantikan, sukan dan gaya hidup, gajet, permainan dan banyak lagi, pembeli-belah pasti akan rambang mata! Jadi, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Sunway Pyramid terbaharu yang menyediakan pelbagai tawaran eksklusif untuk anda!Jika anda ingin memetik inspirasi berkaitan hadiah, fesyen, makanan dan banyak lagi sempena Raya ini, sila layari www.sunwaypyramid.com/bungabungaraya .Ikuti perkembangan daripada laman media sosial Sunway Pyramid untuk mendapatkan maklumat lanjut, atau layari www.sunwaypyramid.com / hubungi 03-7494 3100.
No Comment