Sukan

Nissan GT-R Menang Besar di Jaguar Simola Hill Climb 2019

Nissan GT-R mengukuhkan kedudukannya sebagai supercar paling berjaya di perlumbaan Jaguar Simola Hill Climb 2019 selepas dinobatkan juara dalam kategori Modified Saloon dan Supercars.

BHP Banner Porshe Speedster

Franco Scribante mengungguli kategori Modified Saloon dengan GT-R yang mencatat masa tidak rasmi 38.551 saat semasa pusingan kelayakan. Beliau memenangi perlumbaan itu dengan masa akhir 39.342 saat di litar sepanjang 1.9 km itu, sekaligus menjadikannya satu-satunya pelumba yang berjaya mencatat masa bawah 40 saat dalam kenderaan pengeluaran.

Nissan SMH-4-source-1200x800

Bagi kategori Road Cars dan Supercars, Reghard Roets muncul juara dengan catatan masa 44.094 saat. Ini merupakan kemenangan beliau yang ketiga dalam tiga perlumbaan.

Nissan dominates day one at the Jaguar Simola Hill Climb - day one - image 05-source-1200x800

GT-R telah memenangi kelas produksi dan modifikasi untuk tiga tahun berturut-turut dan telah merangkul gelaran King of the Hill selama tujuh daripada 10 tahun perlumbaan itu diadakan. Ia juga merupakan jentera paling popular dalam kelas Modified Saloon, di mana lapan daripada sembilan pelumba bagi kejohanan tahun ini memilih untuk berlumba dalam GT-R.

Wade van Zummeren-1200x800

Beberapa GT-R lain turut mencuri perhatian pada hari kedua perlumbaan. Kyle Mitchell mengejutkan semua penonton dengan catatan masa 40.862 saat dalam penentuan 10 teratas, manakala Martin van Zummeren yang memandu Skyline mencatat 41.605 saat. Anaknya, Wade van Zummeren, mencatat masa akhir 44.499 saat dengan memandu Skyline 2002 yang dilengkapi dengan enjin VR38 yang menjana 1,000 hp.

Nissan dominates day one at the Jaguar Simola Hill Climb - day one - image 04-source-1200x800

Dalam kelas B9 bagi SUV dan pikap, Terence Marsh membawa pulang trofi kemenangan pertamanya dalam Navara yang dibina dengan spesifikasi Rali Dakar.

 

Previous post

Pengeluaran Porsche 911 Speedster Bermula

Next post

Suzuki Swift Sport Katana Diinspirasikan Oleh Motosikal Lagenda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *