Pemandu Singapura Kantoi Tukar Nombor Plat
Seorang pemilik BMW 3 Series dari Singapura telah dikesan menukar nombor plat asalnya iaitu SLX27E kepada satu lagi nombor plat Singapura iaitu SKD2777C semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak Malaysia di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
Apa yang lebih dahsyat, individu ini melakukannya secara terang-terangan, seolah-olah tidak mempedulikan orang ramai yang boleh merakam perbuatannya seperti yang berlaku di sini.
Gambar-gambar berikut yang telah dimuat naik ke halaman Facebook SG Road Vigilante telah dikongsikan kepada kami dan kami mengongsikannya di sini dengan harapan agar PDRM dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu ini yang mungkin melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju, melanggar lampu isyarat dan mengabaikan tiket parkir, dan membiarkan segala salah laku ditanggung oleh pemilik Hyundai Elantra (SKD2777C) yang langsung tidak tahu apa yang sedang berlaku.
Lebih teruk lagi, ini mungkin menjadi amalan biasa di kalangan pemandu dari Singapura yang sering berlumba di lebuh raya kita tanpa mempedulikan undang-undang negara ini.
Kredit: Sukhbir Sidhu
No Comment