Bisnes

Perodua Daftar 82,700 Kenderaan Dari Januari Hingga April 2019

Momentum jualan Perodua untuk empat bulan pertama 2019 kekal kukuh dengan peningkatan 9.5% kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April 2019, berbanding dengan 75,500 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama pada 2018. Ini merupakan pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan pertama dalam sejarah Perodua.

BHP Banner Bateri

“Sementara Perodua menantikan angka rasmi jumlah keseluruhan industri (TIV) daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami percaya pegangan pasaran Perodua melebihi 43% bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, sekaligus memberi manfaat secara langsung kepada ekonomi domestik secara keseluruhan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Walaupun terlalu awal untuk menetapkan sasaran selepas 2019, kami yakin bahawa Perodua akan terus berkembang pada tahun 2020 dan seterusnya memberi manfaat kepada pembekal dan pengedar tempatan,” tambah Dato’ Zainal.

Model Perodua, yang kesemuanya mempunyai lebih dari 90% kandungan tempatan, menyaksikan angka pendaftaran yang tinggi pada bulan April dengan jualan lebih 7,700 Myvi, 5,900 Axia, 4,200 Bezza dan 1,100 Alza.

Perodua Aruz AV_3559

Bagi Aruz pula, Perodua telah mendaftarkan lebih 3,200 unit, angka pendaftaran bulanan yang paling untuk SUV tujuh tempat duduk tersebut.

Jumlah jualan Perodua pada April 2019 melebihi 22,100 unit – peningkatan hampir 11% berbanding dengan 19,939 unit pada April 2018, menjadikannya April terbaik dalam sejarah Perodua dari segi jualan.

Dato’ Zainal menambah bahawa permintaan untuk Aruz telah melebihi jangkaan dan pengeluaran telah dipercepatkan untuk memenuhi permintaan tersebut serta mengurangkan tempoh menunggu.

“Sejak Aruz dibuka untuk tempahan pada 3hb Januari lalu, hampir 20,000 tempahan telah diterima, iaitu dengan purata 170 tempahan setiap hari. Dan setakat hari ini, lebih daripada 9,800 Aruz telah diserahkan sejak pendaftaran bermula pada 31hb Januari – purata lebih daripada 100 unit setiap hari – menjadikan ia antara SUV paling laris di negara ini,” tambah beliau.

 

Previous post

Porsche 911 GT2 RS Tetapkan Masa Penanda Aras Baru di Elkhart Lake

Next post

Renault Captur Kini Lebih Mesra Alam

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *