Diskaun Kadar Tol Sepanjang Lebuhraya PLUS
Pengarah Urusan PLUS Malaysia Bhd, Datuk Azman Ismail pagi tadi pada pelancaran filem pendek web PLUS yang pertama sempena sambutan Hari Raya mengesahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan diskaun untuk Lebuh Raya PLUS semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri pada Selasa ini, 28hb Mei.
PLUS juga mencadangkan cara untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan mengurangkan kemalangan semasa hari-hari paling sesak.
PLUS mengesyorkan bahawa mereka yang menggunakan laluan antara Lembah Klang dan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, utara Perak, dan Johor memasuki Lebuhraya Utara-Selatan sebelum jam 10 pagi, manakala mereka yang pergi ke dan dari negeri-negeri lain di pantai barat Semenanjung Malaysia harus memasuki lebuh raya selepas pukul 10 pagi.
Dengan cara ini, kesesakan lalu lintas akan berkurangan dan pemandu pemandu akan kurang naik angin dan lelah di lebuh raya.
No Comment