Bisnes

Proton Jenama Kedua Terlaris Bagi April 2019

Proton meneruskan momentum peningkatan pada tahun ini dengan mencapai angka jualan yang meletakkan syarikat di kedudukan kedua pada bulan April.

BHP Banner Proton X70

Sebanyak 7,011 unit kenderaan dijual pada bulan lalu, mewakili peningkatan sebanyak 14.1% berbanding Mac dan 75% berbanding April 2018.

Kejayaan ini dicapai meskipun terdapat penurunan dalam TIV sebanyak 6.2% dari bulan ke bulan, sekaligus menjadikan Proton satu-satunya jenama automotif di barisan lima teratas yang mencatat pertumbuhan positif. Fakta ini juga menunjukkan jualan keseluruhan meningkat sebanyak 50.2% setakat tahun ini.

Proton Iriz facelift gohedgostan 02

Prestasi jualan yang memberangsangkan ini dipacu oleh Saga dan X70, selain disebabkan pelancaran rasmi Iriz dan Persona 2019 pada 23 April lalu.

Kedua-dua kereta itu dilancarkan serentak selepas aktiviti promosi pra-pelancaran diadakan selama dua bulan termasuklah pra-tonton media dan pelanggan serta penampilan di siri-siri jelajah dan Pameran Auto Malaysia 2019 pada bulan April. Hasilnya, syarikat itu menerima lebih 4,000 tempahan sebelum kedua-dua model tersebut dilancarkan.

Proton Persona Front Quarter

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata bahawa syarikat itu berbangga untuk berada di kedudukan kedua dalam keseluruhan jualan pada April 2019, kembali ke posisi sebelum ini untuk kali pertama dalam masa tiga tahun.

Matlamat kami adalah untuk mencuba dan mengakhiri tahun ini di tempat kedua untuk mewujudkan asas yang kukuh dalam matlamat jangka panjang kami bagi memimpin sekali lagi pasaran kereta di Malaysia. Melalui pelancaran Iriz dan Persona dan versi Proton Exora dan Saga yang dipertingkat yang akan diperkenalkan akhir tahun ini, syarikat yakin untuk mencapai matlamatnya,” tambah beliau.

 

Previous post

Proton X70 Peroleh 24% Segmen SUV

Next post

VOTY 2019//Reka Bentuk Kenderaan - Proton X70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *