Proton X70 Dirempuh Dan Terbalik
Kami baru nampak gambar yang dikongsi di FB oleh Jimmy Lim. Gambar SUV Proton X70 di atas bumbungnya di persimpangan di Taman Setia Eco. Kami harap pemandu dan penumpang (jika ada) selamat.
Agak jelas dari pintu penumpang depan kiri yang remuk, X70 ini dilanggar di bahagian tepi dan kemudian terlantar di atas bumbungnya. Impak itu mesti cukup kuat sampaikan SUV seberat ini (berat badan 2WD pada 1660kg dan berat badan 4WD pada 1725kg) terbalik.
Tidak ada maklumat mengenai kenderaan yang lagi satu yang terlibat dan kami mengagak dari pintu remuk bahawa yang terlibat bukan kenderaan komersial seperti lori 3-ton atau bas kerana zon impak hanya selebar satu pintu.
Itu analisa kami dari gambar ini ya. Jika anda tahu cerita sebenar sila kongsi bersama.
Semua versi SUV Proton X70 dilengkapi dengan ABS, EBD, bantuan brek, ESC dan kawalan traksi.
Proton X70 menggunakan struktur badan Pembentuk Tekanan Panas / Hot Press Forming (HPF) untuk membentuk sel penumpang dan dapat memberikan tahap perlindungan yang tinggi kepada para penumpangnya. Sel HPF dilengkapi dengan enam beg udara untuk semua varian, tempat duduk kanak-kanak ISOFIX dan juga tali pinggang keledar dengan pretensi dan had beban.
Dengan menggabungkan unsur-unsur ini, Proton X70 menerima skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala. Varian Premium 2WD mempunyai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan / Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang merupakan satu sistem penghalang pelanggaran yang terdiri daripada:
· Autonomous Emergency Braking (AEB)
· Forward Collision Warning (FCW)
· Adaptive Cruise Control (ACC)
· Lane Departure Warning (LDW)
· Blind Spot Information System (BLIS)
· Door Opening Warning System (DOW)
· Intelligent High Beam Control (HBC)
SUV Proton X70 kini boleh didapati di semua bilik pameran Proton dengan empat varian: Standard 2WD, 2WD Eksekutif, AWD Eksekutif dan Premium 2WD. Semua varian datang dengan enjin 1.8 liter turbocharged petrol suntikan langsung atau enjin TGDI Geely dan dipasangkan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.
No Comment