Bisnes

Pusat Servis Zon Trak Tayar Pertama di Asia Tenggara

Terletak di Trak Tayar Zon Pertama untuk Apollo Tyres tersebut menawarkan kemudahan dan servis yang canggih termasuk penjajaran tayar untuk lori dan treler, pengimbangan tayar. Terletak di salah satu destinasi perniagaan yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia, Batu Pahat! Ianya adalah sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial seperti bas, trak, treler, tanki dan sebagainya.

  BHP Banner Apollo

Kenyataan Media

Johor: Apollo Tyres, salah satu pengeluar tayar terkemuka di dunia telah merasmikan Zon Trak Tayar Zon Apollo (Apollo Truck Tyre Zone – ATTZ) di Malaysia, sebuah pusat sehenti untuk tayar kenderaan komersial. Pembukaan pusat baharu ini sejajar dengan fokus Apollo Tyres untuk memberikan pelanggan mereka akses kepada pelbagai kemudahan profesional yang ditawarkan.

Lengkap dengan teknologi automotif yang moden, pusat tersebut akan diuruskan oleh Sin Chu Hin, salah seorang perintis dan pakar di dalam industri tayar di selatan Malaysia. Gabungan ini, yang pertama untuk Apollo Tyres di luar India akan membolehkan produk dan perkhidmatan berkualiti dimanfaatkan ke pasaran Malaysia di samping memberikan nilai tinggi untuk para pelanggan.

Bercakap di perasmian Zon Trak Tayar Apollo di Malaysia, Satish Sharma, Presiden, Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, Apollo Tyres Ltd berkata, “Apollo komited untuk menawarkan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami. Pusat servis trak yang canggih ini menggabungkan pengalaman luas Apollo berkaitan trak dan bas dengan pengalaman 80 tahun Siu Chu Hin dalam pasaran tempatan. Ini dapat memberikan pelbagai servis dan solusi untuk para pelanggan kami di Malaysia dan mengukuhkan lagi keazaman kami untuk komited dalam industri automotif di Malaysia.”

Selain daripada memberi cadangan yang berasaskan aplikasi untuk tayar, ATTZ akan dilengkapi dengan alatan canggih termasuk mesin penjajaran tayar berkomputer untuk trak dan treler, penukar tayar automatik dan akan turut menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh berkaitan tayar untuk trak dan bas. Servis ini dijangka akan mengurangkan kos penyelenggaraan pelanggan serta menjimatkan penggunaan minyak. ATTZ juga mempunyai pusat latihan untuk membimbing pelanggan dalam membuat keputusan dalam pembelian tayar yang sesuai untuk mereka.

“Ini adalah peluang keemasan untuk kami, khususnya di Batu Pahat – salah satu destinasi perniagaan yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia terutamanya untuk perniagaan tayar trak kami. ATTZ adalah antara pusat servis trak yang pertama, dan kami merancang untuk mengembangkan rangkaian ini dengan rakan-rakan perniagaan kami di rantau ASEAN,” tambah Shubhro Ghosh, Ketua Kumpulan ASEAN, Timur Tengah dan Afrika Apollo Tyres.

Sempena pelancaran zon trak tayar tersebut dan musim perayaan Hari Raya yang bakal tiba, Apollo Tyres menawarkan para pelanggannya baucar dengan setiap pembelian tayar lori. ATTZ turut menawarkan pakej servis istimewa untuk semua jenis tayar kenderaan komersial dalam pasaran.

Pusat servis akan dibuka dari Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 7 malam untuk memenuhi permintaan pelanggan terutamanya bagi mereka yang datang daripada jauh. Untuk membuat janji temu atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang servis dan kemudahan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi ATTZ di talian 07 – 415 2682 atau kunjungi mereka di No 2, Jalan Kolek, Kawasan Perindustrian Tongkang Pecah, 83010) Batu Pahat, Johor.

 

Apollo Launch

Dari Kiri: Neo Kai Juan (Sales Manager (Truck) of Sin Chu Hin), Neo Tiang Keng (Director of Sin Chu Hin), Neo Kai Jie(Director of Sin Chu Hin), Neo Lim Song, Satish Sharma (President, Asia Pacific, Middle East and Africa, Apollo Tyres Ltd), Shubhro Ghosh (Group Head, ASEAN, Middle East and Africa region for Apollo Tyres), Victor Siew (General Manager of Apollo Tyres Malaysia), Neo Tiam Soo (Director of Sin Chu Hin), Leong Wei Khang (Sales Manager (Car) of Sin Chu Hin) officiating the launch of Apollo Tyres’ First first Truck Tyre Zone (ATTZ) in Malaysia.

Previous post

Derma Organ: Program 'CODE: Life!' Berikan Penjelasan!

Next post

Butiran & Gambar Perisik Kabin Volkswagen Golf Mk8

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *