Berita Auto

SCRUT.my Bantu Pembeli Kereta Import Elak Ditipu

Rakyat Malaysia adalah yang paling ramai membeli kenderaan terpakai dari Jepun.

Ini kerana kita mempunyai pasaran yang membenarkan ia berlaku dan ia dicipta lebih 25 tahun lalu. Hari ini Malaysia terkenal sebagai pembeli nombor satu MPV terpakai (mewah atau tidak) dari Jepun. Tidak kira sama ada MPV terpakai itu pernah terlibat dalam kemalangan di Jepun atau tidak, ia akan diimport oleh pemegang AP sebagai ‘as is’ untuk mendapat cukai yang rendah. Terdapat banyak bengkel pakar dan kedai kereta potong di Malaysia yang boleh membuatkan MPV yang rosak akibat kemalangan kelihatan baru.

Tanpa tuntutan insurans yang dilakukan di Malaysia dan tiada laporan kemalangan yang difailkan, peniaga kereta terpakai yang mengimport masuk MPV ini tidak perlu risau tentang pembeli Malaysia yang naif yang melawat bilik pameran mereka dan menyoal tentang keadaan MPV tersebut.

Screenshot-2019-05-22-at-12.54.40-PM

Tampil hebat dengan cat baru dan bahagian dalaman yang mungkin datang dari kedai potong dan dibersihkan oleh kedai detailing kereta, MPV yang pernah terlibat dalam kemalangan ini boleh dijual sebagai MPV bebas kemalangan, perbatuan rendah dan ‘single owner’ dengan nilai hebat dari Osaka.

Bukan itu sahaja, MPV terpakai import ini tidak mempunyai jaminan atau program selepas jualan jadi selepas perjanjian ditandatangani, pemilik baharu ini perlu menanggung kerosakan dan masalah yang bakal menimpa.

Kini terdapat penyedia perkhidmatan yang boleh mengesahkan kereta import Jepun sebelum anda membelinya dari pemegang AP atau pengedar kereta terpakai di Malaysia. Tidak semua pemegang AP melakukannya, namun banyak daripada mereka yang melakukan perkara ini dan merosakkan reputasi syarikat yang mengimport kenderaan Jepun yang berkualiti.

SCRUT

Ini adalah SCRUT.my, penyedia perkhidmatan yang mengenakan bayaran kecil untuk memeriksa tempat asal dan keadaan MPV mewah anda sebelum ia dijual. Hanya pergi ke laman web mereka, masukkan maklumat yang diperlukan, buat pembayaran dan anda akan mendapat laporan penuh.

SCRUT bukanlah syarikat pertama yang menyediakan perkhidmatan ini, namun ia adalah yang pertama yang membuat kecoh dan kekecohan inilah yang diperlukan untuk mengenal pasti pengimport yang menipu pembeli Malaysia yang naif.

BHP Banner Stinger GTS

Artikel asal: https://www.dsf.my/2019/05/scrut-my-wants-to-stop-you-from-buying-a-lemon/

Previous post

Kia Stinger GTS Tidak Akan Datang Ke Malaysia

Next post

Toyota Supra Matte Storm Grey Untuk 24 Pelanggan Bertuah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *