Shell Lancar Kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’
Meneruskan Kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Raya untuk tahun kelima berturut-turut, Shell Malaysia baru-baru ini melancarkan kempen ‘Anda Beli, Kami Derma’.
Kempen tahun ini akan dijalankan selama 10 hari bermula dari 30 Mei hingga 8 Jun 2019 dan sumbangan akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Food Aid Foundation dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia.
Sepanjang tempoh kempen, Shell akan menyumbang sebanyak 1 sen kepada organisasi-organisasi tersebut bagi setiap liter minyak Shell yang dipam. Bukan itu sahaja, Shell juga akan membuat sumbangan sebanyak 1 sen dari setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai Shell Select (tidak termasuk produk E-Pay, Touch ‘N Go dan perkhidmatan seperti pembayaran bil utiliti).
Mastercard, yang menyertai kempen ini untuk tahun kedua berturut-turut, juga akan memberi sumbangan tambahan. Bagi setiap liter minyak Shell yang dipam dan setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai Shell Select menggunakan kad debit atau kredit Mastercard, tambahan 1 sen akan disalurkan kepada Food Aid Foundation.
Menerusi kempen ini juga, pelanggan berpeluang untuk membuat sumbangan kepada mana-mana organisasi pilihan mereka sendiri. Mereka hanya perlu menyerahkan resit asal atau salinan di stesen Shell dan nyatakan organisasi pilihan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, layari laman web www.shell.com.my/CSR.
No Comment