Toyota dan Shell Malaysia Tawar Pemeriksaan Percuma Untuk Semua Jenama
Bersempena dengan musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi, UMW Toyota Motor dan Shell Malaysia melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung yang menawarkan pemeriksaan 36-poin secara percuma di stesen-stesen Shell terpilih di seluruh negara.
Apa yang menarik, kempen ini terbuka kepada semua jenama kenderaan dan tidak terhad kepada jenama Toyota sahaja. Pemeriksaan akan dijalankan oleh kakitangan Toyota yang terlatih dalam masa kurang 15 minit bagi setiap kenderaan.
Pemilik kenderaan yang menghantar kenderaan mereka untuk diperiksa akan menerima beg barangan manakala pemilik kereta jenama Toyota pula akan mendapat baucar diskaun 10% untuk pembelian alat ganti terpilih di pusat servis Toyota. Bukan itu sahaja, 10 pelanggan terawal setiap hari akan mendapat baucar minyak bernilai RM10 dari Shell Malaysia.
Selain pemeriksaan percuma, pemilik kenderaan Toyota juga boleh melakukan penukaran inflator beg udara di stesen-stesen Shell yang terpilih. Kerja penukaran akan mengambil masa kira-kira 1 jam bergantung kepada model. Pemilik yang layak untuk penukaran ini juga akan mendapat buku diskaun servis.
Kempen ini akan diadakan dari 10 pagi hingga 5 petang, dari 23 hingga 25 Mei 2019 bagi negeri Sarawak, 23 hingga 26 Mei bagi negeri Sabah dan dari 30 Mei hingga 2 Jun bagi Semenanjung Malaysia. Berikut adalah senarai stesen-stesen Shell yang mengambil bahagian:
No Comment