Toyota Supra Matte Storm Grey Untuk 24 Pelanggan Bertuah
Pemilik Toyota Supra baharu di Jepun berpeluang mendapat sesuatu yang istimewa kerana Toyota bakal menawarkan 24 unit dalam warna istimewa Matte Storm Grey.
Bagi memilih pelanggan-pelanggan yang bertuah, syarikat itu akan mengadakan loteri dan pemenang akan diumumkan semasa perlumbaan Nuburgring 24 Jam pada 22 dan 23 Jun ini.
“Kami minta maaf, tetapi ia memerlukan proses mengecat yang rumit dan bilangannya terhad jadi kami akan membuat cabutan,” kata Presiden Gazoo Racing Company, Shigeki Tomoyama.
Edisi eksklusif ini hanya ditawarkan untuk varian RZ, varian tertinggi dalam barisan model Supra bagi pasaran Jepun. Ia menampilkan enjin turbo 3.0-liter enam silinder yang menjana 340 PS pada 5,000 rpm dan 500 Nm dari 1,600 hingga 4,500 rpm.
Dengan transmisi automatik lapan kelajuan, jentera pacuan roda belakang ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.3 saat.
No Comment